Susulan tindakan aktres Datin Umie Aida berkongsi secara terbuka mengenai anjing jalanan, Blackie telah membuatkan segelintir pengikut berasa kurang senang.

BACA: 5 Tahun Bela Anjing Jalanan, Netizen Puji Keluhuran Hati Umie Aida - "Dia Faham Saya, Tak Pernah Suruh Saya Sentuh Dia"

Walau bagaimanapun, tegas Umie, dia hanya memberi makanan kepada anjing tersebut.

"Bagi makan anjing yang lapar maknanya saya bela anjing? Dalam Islam kita kena berguru.

"Baru kita betul-betul faham hukum. Jangan kita ambik terus dari Internet. Maaf teguran saya," tulisnya di ruangan komen Instagram (IG).

Baru-baru ini, seorang netizen menegur pelakon filem Dukun itu dengan mengatakan anjing boleh dibela sekiranya untuk di kawasan kebun.

"Kak pun sama ikut lah Sunnah. Jangan bela anjing kecuali kalau nak jaga kebun. Ingat mengingatkan. Tahniah dapat menantu," tulis pemilik akaun @adzerbaijan.



Sementara itu, pemilik nama Umi Khalsum Rahmad Ali ini memilih untuk memadam komen negatif itu daripada platform media sosial miliknya.

"Saya dah padamkan komen dan block virus. Biar pengikut saya sikit, yang penting ikhlas dan jujur.

"Bukan ramai pengikut tapi penuh dengan virus," tulisnya lagi.