Netizen Terkejut Ina Naim Beri Jawapan ‘Kasar’ Selepas Disoal Pekerjaan Suami – “Wow Dah Lain Sangat Ya”
Netizen Tanya Suami Kerja Apa
Menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, menjawab persoalan mengenai kehidupan peribadinya berhubung pekerjaan suami, Mohd Khairul Rizal.
“Suami sekarang ni, dia engineering consultant jadi dia tak perlu tiap hari pergi ke pejabat.
“Zaman sekarang ni dah moden, sedangkan masa zaman covid pun orang boleh buat kerja dalam rumah apatah lagi masa zaman sekarang.
Suami Bukan Penganggur
Tambah Ina dia menjelaskan suaminya itu mempunyai pekerjaan dan bukannya penganggur seperti yang didakwa sesetengah netizen gara-gara sering menemaninya bersiaran langsung di TikTok.
“Jangan tanya suami saya kerja apa. Suami saya kerja dia dengan Allah, dah senang cerita. Nampak macam tak kerja tapi dia sebenarnya kerja.
“Sekarang jangan tanya lagi, kenapa dia tak masuk pejabat. Saya cerita ni nak orang faham suami kerja sebenarnya.
“Dengar tak mana yang tak faham tu. Gaji tak tinggi tapi Alhamdulillah cukup,” jelasnya lagi.
Jawapan Kasar Ina Naim
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut dan kurang senang dengan jawapan yang diberikan Ina.
“Dulu Arwah Suhaimi Saad berjaya mendidik isteri. Elok lembut tak banyak cakap, malu sekarang macam lain,” kritik netizen.
“Mana Ina Naim yang dulu,” komen netizen.
“Tanya pun nak marah,” kritik netizen.
“Ya sekarang dah pandai marah. Masa dengan arwah Suhaimi banyak bersabar walaupun susah,” komen netizen lagi.
“Wow dah lain sangat ya,” tulis netizen lain.
“Ina suara tu jawablah dengan lembut,” kritik netizen lagi.
Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada 8 November lalu.