UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Netizen Terpegun Dengar Suara Amira Othman Mengaji Al-Quran, Siap Puji - “Fattah Jangan Tunggu Lama, Lulus Ni”

Mya Amri 05/02/2025 | 00:55 MYT
Penyanyi, Amira Othman menjadi perhatian netizen selepas video merakamkan dirinya mengalunkan bacaan Al-Quran menjadi tular di media sosial.

Alunan suara yang merdu, bacaan lancar Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 32, yang berpakaian sopan berwarna putih membaca suruh Al-Buruj.
Amira yang kelihatan tenang mengalunkan bacaan tersebut dengan begitu merdu dan lancar.
undefined Momen itu sekaligus membuatkan netizen terpegun dan memuji Amira adalah calon isteri yang baik selain pandai mengimbangi kehidupannya sebagai seorang artis dan muslimah.

Netizen puji, sesuai jadi calon isteri

Ruangan komen juga dihujani dengan kata-kata pujian yang rata-rata mengatakan Amira memiliki pakej lengkap untuk dijadikan menantu.

Malah netizen juga turut memetik nama Fattah dengan mengatakan Amira adalah calon yang sesuai untuk dijadikan calon isteri.

Antara komen yang diterima adalah:
Terdahulu, nama Amira, disebut sebagai wanita paling akrab dengan duda terhangat itu selepas penyanyi berkenaan mengundang Fattah tampil dalam video muzik single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Tangkap Layar Terima Notifkasi TikTok Dari Akaun Dipercayai Milik Fattah Amin, Amira Othman; “Saya Tiada Apa Nak Ulas, Biar ‘Detektif’ Netizen Buat Kerja”

ARTIKEL BERKAITAN:“Semua Adalah Rezeki” - Amira Othman Jawab Dakwaan 'Menunggang' Populariti Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang Kenenkan Itu Peminat…” Fattah Amin Tak Kisah Tampil Sedondon Dengan Amira Othman, Anggap Sebagai Tuntutan Kerja

ARTIKEL BERKAITAN:Berjodoh Dengan Duda, Amira Othman Anggap Tiada Masalah -"Apa Yang Penting..."

ARTIKEL BERKAITAN:Perkongsian Amira Othman & Fattah Amin Tarik Perhatian, Netizen ‘Approve’ Jika Jadi Pasangan - “Kalau Betul, Kami Suka & Restu”

Bagaimanapun, Amira menegaskan kerjasama dalam muzik video terbabit hanya gimik antara syarikat rakaman Sony Music Entertainment dengan pengurusan Fattah.

Sejak itu, Amira yang masih bujang didapati mula berganding dengan Fattah dalam aktiviti pemasaran beberapa produk yang mengambil bereka sebagai jurucakap.

#Fattah Amin #Amira Othman #Netizen #Mengaji #Calon Isteri
;