Lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi sekali lagi mencatat kejayaan apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Pengiktirafan itu berdasarkan rekod jumlah tontonan lagu artis Malaysia paling tinggi berjaya direkodkan iaitu sebanyak 56,485 juta tontonan.

Sufian menerusi entri instagramnya turut berkongsi rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua yang terlibat dalam penghasilan lagu ini, juga kepada peminat lagu Di Matamu.

"Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.

"Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini. Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah," katanya.

SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS . Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini. Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . ? : @encikdanny ? : @firzhafizsabrand . #sufiansuhaimi #dimatamu #malaysiabookofrecords @ariesmusicpro @sirkhandanial @ibnu_rinkarnaen @malaysiabookofrecords

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

Rata-rata rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah di ruang komen entri terbabit.

Ini antara ucapan mereka: