Berita

"Ni Amaran Terakhir Ya, Lagi Sekali Kalau Ada..." - Pengarah Drama Nur Nak Block Netizen Yang DM Tanya Pasal...

gempak
ZULHILMI JALIL
02/04/2020
08:51 MYT
Sponsor Banner
"Ni Amaran Terakhir Ya, Lagi Sekali Kalau Ada..." - Pengarah Drama Nur Nak Block Netizen Yang DM Tanya Pasal...
Pengarah dan penerbit Radius One, Shahrulezad Mohameddin memberitahu bahawa dia tidak teragak-agak untuk menyekat mana-mana individu yang menghantar kiriman mesej peribadi (DM) di laman sosialnya mengenai kontroversi yang tercetus antara artis dan netizen mengenai bantuan kerajaan.
Menurut pengarah drama Nur itu, mesej-mesej yang diterimanya daripada netizen, rata-rata hanyalah dengan niat mahu mencetuskan provokasi sahaja.
"Ini amaran terakhir ya. Lagi sekali kalau ada mangkuk hayun yang tanya aku pasal isu artis VS Anju VS netizen aku akan terus block mangkuk tu ya.
"Isu sampah macam tu abam malas nak ambik port. Bukannya boleh flatten the curve Covid-19 pun. Jadi, tak payahlah nak acah-acah tanya pendapat abam, padahal sebenarnya niat kau nak provoke aku kan?," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Ni amaran terakhir yer. Lagi sekali kalau ada mangkuk hayun yg tanya aku pasal issue artis VS anju VS netizen aku akan straight away block mangkuk tu yer. Issue sampah macam tu abam malas nak ambik port. Bukannya boleh flatten the curve Covid 19 pun. So tak payah lah nak acah acah tanya pendapat abam padahal sebenarnya niat kau nak provoke aku kan? Dari ko busy body sangat nak kepoci pasal issue bodoh ni baik ko bukak quran tu mengaji lah! Jangan semakkan DM aku boleh tak dgn soalan soalan acah acah ambik berat korang tu. Kepoh! Ni amaran terakhir yer. Lagi sekali kalau ada mangkuk hayun yg tanya aku pasal issue artis VS anju VS netizen aku akan straight away block mangkuk tu yer. Issue sampah macam tu abam malas nak ambik port. Bukannya boleh flatten the curve Covid 19 pun. So tak payah lah nak acah acah tanya pendapat abam padahal sebenarnya niat kau nak provoke aku kan? Dari ko busy body sangat nak kepoci pasal issue bodoh ni baik ko bukak quran tu mengaji lah! Jangan semakkan DM aku boleh tak dgn soalan soalan acah acah ambik berat korang tu. Kepoh! #stupidissue #stopspreadnegativity
A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on
Bahkan, katanya, dia mahu orang ramai untuk lebih fokus melakukan aktiviti-aktiviti yang jauh lebih berfaedah.
"Daripada kau sibuk sangat nak kepoci pasal isu bodoh ni, lebih baik buka al-Quran tu, mengajilah!
"Jangan semakkan DM aku boleh tak dengan soalan-soalan acah-acah ambil berat korang tu. Kepoh!," pesannya.
Semalam produser yang dikenali dengan gelaran Budak Ijat itu ada menegaskan mengenai pendiriannya untuk tidak menyentuh atau bercakap mengenai kontroversi yang mengaitkan beberapa nama artis berhubung isu bantuan kerajaan.
BACA: "Berhenti DM Saya Untuk Tanya Mengenai Isu Dana Artis…" - Buang Rasa Benci, Pengarah Nur Ajak Semua Berganding Bahu Perangi Wabak
Perkara itu diluahkannya selepas menerima banyak permintaan daripada umum untuk dirinya memberikan pandangan mengenai isu tersebut selaku salah seorang insan dalam industri.
Sebelum ini, beberapa artis mempersoalkan bantuan khusus daripada kerajaan yang perlu diberikan kepada penggiat seni.
Bagaimanapun, isu tersebut kemudian menjadi pertikaian dalam kalangan warganet dan golongan artis.
Apapun, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live