Pengarah berkontroversi, Michael Ang akui tidak tahan dengan cuaca serta tahap kepanasan yang melanda negara kebelakangan ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Micheal meluahkan rasa tidak selesa dengan cuaca sekarang yang diibaratkan seperti di dalam neraka.

"Salam guys, tempat you all panas lit lit tak macam kat Shah Alam? Bila nak winter ni?

"Panas gila Shah Alam hari ini! Ni bukan heat wave dah ni neraka namanya!," katanya.

Pengarah drama Sweet Dreams itu meluahkannya di dalam satu potongan video pendek.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi terhadap hantarannya.

"Kami kat Shah Alam ni dah mandi pun macam tak mandi," luah pengikutnya.

"Semua tempat panas sekarang," dakwa salah seorang netizen.

"Kalau winter kiamat lah," komen seorang wara maya.

"Ustaz kata panas yang kita rasa ini hanya bahang neraka," kata seorang warga net.