Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Niat Pelanggan Nak Beli Aiskrim Bertukar Detik Cemas Apabila Disamun Lelaki Berparang

Awani
11/11/2024 06:25 MYT
Pelanggan sebuah premis menjual aiskrim di Pandamaran menempuh detik cemas apabila disamun dua lelaki berparang dalam kejadian pada 23 Oktober lalu.

BERITA BERKAITAN: Warga Asing Mengaku Bersalah Rogol, Samun Wanita, Netizen; “Kemungkinan Apa Yang Rosyam Nor Katakan Itu Ada Betul”

BERITA BERKAITAN: Remaja 13 Tahun Cuba Tikam Pemandu E-Hailing, Netizen Suarakan Rasa Bimbang! - "Nasib Baik Pakai Seatbelt..."

BERITA BERKAITAN: Nadia Annuar Trauma, Peragut Pecah Cermin Kereta Pakai Spark Plug! - "Saya Calar-Calar Kecil, Mereka Ambil Dompet Harga RM3,000"

BERITA BERKAITAN: Dapat Tahu Tukang Cuci Disamun Sampai Cedera, Baim Wong Hadiahkan Motosikal Baharu Buatnya


Lebih menakutkan suspek didapati cuba mencederakan mangsa yang ketika itu sedang membeli aiskrim sebelum melarikan mesin wang tunai di premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian itu dilaporkan seorang individu tempatan berumur 16 tahun yang merupakan pekerja di premis berkenaan.

"Siasatan mendapati ketika kejadian premis berkenaan didatangi dua individu bersenjatakan parang, suspek turut bertindak menolak sebelum merampas dua telefon bimbit milik pelanggan.

"Salah seorang suspek kemudiannya menetak wayar mesin wang di bahagian kaunter premis menjual aiskrim itu serta mengambilnya sebelum bertindak melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Iriz berwarna biru," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Memetik perkongsian Awani, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga tempatan yang terlibat dalam kejadian itu.


"Suspek berumur 46 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Jalan Jagung, Pandamaran kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 24 Oktober.

"Polis turut merampas pakaian serta parang digunakan ketika kejadian, semakan dijalankan mendapati suspek memiliki 14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya.

Menurutnya, individu terbabit telah dituduh di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Klang pada 30 Oktober lalu.

"Suspek berkenaan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi tiga pertuduhan dengan hukuman berjalan serentak," katanya.


Terdahulu, tular satu video di media sosial memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian samun di sebuah premis menjual aiskrim di Pandamaran, Pelabuhan Klang.

#Aiskrim #Pelanggan #Beli #Nak #Disamun
;