Tahniah diucapkan kepada bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.
Nicol telah meraih undi majoriti sebanyak 318,943 mengetepikan James Kehoe iaitu legenda tarik tali Ireland yang mendapat sebanyak 113,120 undian.
Atlet powetlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula di kedudukan ketiga selepas meraih 80,790 undian.
Bekas atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017).
"Ia adalah satu penghormatan buat diri saya apabila dicalonkan untuk anugerah ini dan menerima sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia serta komuniti skuasy.
“Agak mengejutkan melihat diri saya disenaraikan bersama atlet terkemuka dunia yang lain dan saya bersyukur untuk anugerah ini.
“Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan perhatian dunia terhadap sukan skuasy. Ini adalah saat yang membanggakan untuk mewakili negara saya dan Asia," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA), Jose Perurena mengucapkan tahniah kepada para calon sambil menambah Nicol bertindak sebagai inspirasi dan teladan yang baik kepada atlet muda.
"Saingan ini adalah luar biasa dan bagus untuk melihat bagaimana atlet mendapat sokongan bukan sahaja dari sukan mereka sendiri tetapi juga negara mereka dan pihak berkuasa sukan di sana. Sukan benar-benar menyatukan rakyat dengan cara yang istimewa," katanya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) Zena Wooldridge berkata kejayaan Nicol adalah pengiktirafan terhadap karier luar biasa yang menyaksikannya mencipta pelbagai rekod dan memenangi semua gelaran yang ditawarkan dalam sukan itu.
Anugerah tersebut dianjurkan oleh IWGA sebagai sambutan ulang tahun ke-40 acara Sukan Dunia itu yang pertama kali diadakan di Santa Clara, California, Amerika Syarikat pada 1981.
Sebagai rekod, pemain hoki dari India, Ritu Pani memenangi anugerah Atlet Terbaik Sukan Dunia bagi edisi 2019.
Sumber: BERNAMA
Fiza Kamarudin
Mon Feb 01 2021


Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.

Hot Seat All Stars GV, Zamani Dominasi Undian Peminat! - "Saya Gembira Masih Ada Peminat"
Zamani mendominasi undian untuk carta hot seat dengan peratusan 11.11

Noor Nabila & Engku Emran Sah Cerai Selepas 2 Tahun Kahwin - “Semua Ini Adalah Takdir Untuk Dilalui,”
Rumah tangga usahawan Noor Nabila dan Engku Emran yang dibina sejak dua tahun lalu berakhir dengan perceraian pada Isnin.

GV10: “Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas” - Datuk Ramli MS Jawab Jadikan Naqiu Sebagai KPI
Padu betul Naqiu perform konsert pertama All Stars Gegar Vaganza.

Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang, Liza Hanim; "Yer, Akak Sedar... Orang Tak Cantik Tak Boleh Menang Apa-Apa Ker?"
Liza Hanim tampil memberikan respon terhadap komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk fizikalnya.