,
Laman Utama

Nicol Sedih Kes Bunuh Diri Meningkat, Ramai Kibar Bendera Putih – Tolong Menolong Hadiah Paling Bermakna

Faizal Saharuni
09/07/2021
15:15 MYT
Berdepan isu berpanjangan Covid-19, bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, 37, tidak ketinggalan meluah perasaan sedih terhadap kesan pandemik ini kepada rakyat di luar sana.
Dan ini bukan situasi positif apabila kes bunuh diri akibat kemurungan dan orang ramai mula mengibar bendera putih bagi memohon sumbangan semakin menaik seperti laporan media.
Been struggling these past few days reading news about home and how hard it been for some families through MCO. It’s so sad to read about how suicide cases have gone up and people raising their white flags for help." tulisnya penuh simpati.
Nicol menyifatkan amalan membantu sesama manusia sebagai hadiah terpaling besar makna kepada kita dan orang lain terutama dalam momen getir ini.
Sebagai inisiatif awal, kita boleh menyumbang kepada persatuan yang pengumpul barang-barang keperluan asas atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
Penerima Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia pada Februari lalu juga sempat berpesan agar kita sentiasa bertanya khabar rakan-rakan dan keluarga saat mereka didepani turun naik dugaan Covid-19.
Anak jati Pulau Pinang itu sempat meninggalkan nota berharap agar entrinya ini bakal memberi kegembiraan buat para pembaca di samping menggalakkan mereka yang terdesak supaya tidak segan untuk memohon bantuan ditambah ia bukan hal teruk atau memalukan.
Tanda pagar #cometogether #malaysia #help #staystrong #reachout #youarenotalone turut disertakan oleh Nicol.
Instagram: @nicoldsqush
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Hiburan

Hadir Konsert Efek Rumah Kaca, Peminat Bertuah Ada Peluang Dapat Gitar RM2,000

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Band Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK) teruja untuk bertemu peminat menerusi Konsert Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL pada 25 Oktober ini.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.