Niezam Zaidi Sambut Hari Jadi Ke-29, Peminat Titip Nasihat; "Fikir Mak Ayah, Hati-Hati Pilih Kawan"
Amri Hassan
27/10/2021 09:17 MYT
27/10/2021 09:17 MYT
Pelakon Niezam Zaidi tampil mengemaskini hantaran terbaharu Instagramnya dengan memuat naik video pendek pada Selasa.
Video itu juga antara ucapan sempena hari jadinya ke-29 yang jatuh pada tangga 26 Oktober.
"Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak mendoakan untuk saya semoga anda semua dirahmati, diberkati oleh Allah SWT.
"Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir qada dan qadar. Alhamdulillah. Assalamualaikum," katanya.
Ucapan itu diiringi doa dan kata-kata semangat daripada rakan selebriti dan peminat yang meminta agar terus bersabar dan menjaga diri.
"Jangan ulangi kesilapan sama, apa-apa nak buat fikir Allah fikir hati perasaan mak ayah abang tu. Semoga menjad pengajaran pada masa akan datang," tulis pengguna @leezaadik.
"Abang handsome semoga berada dan pilih jalan yang betul," kata @camelinaaaaadlene.
"Setiap kesilapan yg kita lakukan adalah pengalaman paling berharga dalam hidup kerana guru terbaik adalah melalui pengalaman," tambah @farieza_arianna.
"Hati-hati memilih kawan," nasihat @ruhaidazuhari.
"Ada bakat ada rupa, jangan sia-siakan masa depan awak ye," kata @alytaismail.
Sebelum ini, Niezam telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tuduhan memiliki dadah.
Turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46.
BACA: Pelakon, Pengarah Mengaku Salah Miliki Dadah! Berdepan Hukuman Penjara Selama...
BACA: "Saya Minta Maaf Jika Ada Salah Silap" - Niezam Zaidi
BACA: "Walaupun Tersasar, Allah Maha Besar! Hero Manjoi Always Adab Tinggi" - Rakan Artis Bagi Semangat Kepada Niezam Zaidi
Berdasarkan kertas pertuduhan, Niezam didapati ada dalam milikannya 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.
Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam dan Mohd Latiff yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Susulan itu,peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka memohon untuk jumlah jaminan diringankan dan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari akhirnya membenar mereka dijamin dengan RM3,000 kepada Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin, masing-masing dengan seorang penjamin.
Kes disambung pada 1 Disember depan untuk sebutan semula bagi pertuduhan mereka.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!