Usahawan kosmetik, Nursajat sekali lagi mencetuskan hilai tawa netizen dengan video siaran langsungnya menyanyikan lagu Ning Baizura, Awan Yang Terpilu.

Video berdurasi 32 saat yang tular di Twitter itu menunjukkan Sajat sedang menyanyi bahagian korus lagu tersebut sambil wajahnya disolek oleh jurusolek.

Dengan suara seperti soprano ditambah teknik menarik suara kalah guru vokal, video Awan Yang Terpilu sajat cukup menghiburkan netizen.

“Kak Ning is shaking”, tulis seorang netizen di Twitternya.

Tidak hanya Ning Baizura bakal menangis, ramai netizen turut memetik nama penyanyi yang juga guru vokal, Ernie Zakri agar bersabar kerana dia telah kalah.

Terdahulu, video-video Sajat sering menjadi bahan jenaka netizen. Daripada videonya memberikan nasihat hinggalah ke video menyanyi, netizen akan berkongsi video Sajat tersebut untuk ditularkan di media sosial.

Video Awan Yang Terpilu yang dikongsi oleh seorang netizen, @krulaiman itu sehingga kini telah mendapat 200,000 tontonan.