Hiburan
Nombor Telefon Tersebar, Lee Teuk Super Junior Tertekan Diganggu Peminat Tengah Malam
Ketua kumpulan Super Junior, Lee Teuk meluahkan rasa kecewa apabila sering diganggu peminat di tengah malam.
Lee Teuk atau nama sebenarnya Park Jeong-su, 33, memohon supaya peminat berhenti menghubungi dan mengganggu kehidupan peribadinya.
Perkara itu diluahkan sendiri oleh Lee Teuk menerusi Tweet terbarunya hari ini.
“Rasanya nombor telefon saya bocor ketika saya berada diluar negara. Saya okay dengan segalanya tetapi tolonglah berhenti menghubungi dan menghantar pesanan ringkas kepada saya ketika tengah malam.
“Saya ada sesi penggambaran pada awal pagi dan tolonglah berhenti ganggu saya selepas ini. Jika teringin sangat nak lakukan, sila hubungi pada waktu tengah hari,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lee Teuk juga mendedahkan dia pernah mengalami situasi yang sama pada tahun 2012.
“Saya telah menerima notis pemberitahuan yang mengatakan butiran peribadi saya nombor telah dibocorkan dan saya tidak terkejut dengan berita tersebut.
“Saya pernah mengalaminya sebelum ini, tetapi saya cuma berasa tidak selesa dengan kejadian yang berlaku.
“Polis telah pun menjalankan siasatan terhadap mereka yang menyebarkan maklumat peribadi saya.
“Bagaimanapun, setiap kali kes selesai, saya tahu pasti kejadian seperti akan berulang.
“Tukarlah kepada nombor yang baru pun, pasti tidak lama kemudian akan ada panggilan yang tidak dikenali,” luahnya.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Soompi
Must-Watch Video