UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Nora Danish Bimbang Digelar Ustazah - "Adakalanya Kesilapan Kecil Saya Lakukan, Mereka Anggap Saya Mulia"

Amri Hassan 29/01/2025 | 04:30 MYT
Pelakon Nora Danish akui bimbang apabila persepsi orang ramai terhadapnya semakin berubah selepas penghijrahannya sejak tahun lalu.

BERITA TRENDING: Nora Danish Seronok Hadiri Majlis Ilmu, Tak Pernah Jemu Belajar Perbaiki Diri - “Bukan Acah-Acah Baik & Terpaling Bagus Tapi…”

BERITA TRENDING: Kongsi Video Hafal Surah Al-Mulk, Netizen Sebak Lihat Penghijrahan Nora Danish - “Dulu Dia Lain, Sekarang Banyak...”

Jelas Nora, 43, dia kerap dilihat sebagai individu yang mulia seolah-olah tidak akan melakukan sebarang kesilapan lagi hingga ada yang menggelarkannya dengan panggilan ustazah.
"Ya, saya akui agak tertekan apabila orang bagi macam-macam gelaran termasuk artis contoh. Sampai satu tahap bukan peminat sahaja tetapi rakan-rakan pun melabel saya sebagai ustazah.
"Saya tidaklah tersinggung dan saya okey cuma hanya aminkan sahaja doa tersebut cuma adakalanya kesilapan kecil yang saya lakukan, mereka anggap saya seperti mulia, hakikatnya tidak.
"Setiap orang melakukan kesilapan misalnya kalau seorang ustaz lakukan kesilapan semua orang akan menilai mereka macam munafik. Padahal itu ujian diberikan kepada mereka itu berat.
"Saya juga percaya akan diberikan ujian berat itu suatu hari nanti, kita tak boleh lari cuma saya harap dapat hadapi dengan betul,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Enam Selebriti Gred A Dilantik Wajah Rasmi Amber, Simbolik Gaya Hidup Premium & Moden!

Nora ditemui pada majlis pelancaran butik flagship Amber di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur baru-baru ini akui bukan mudah untuk berisitiqamah dalam apa yang dilakukan saban hari.
"Sebenarnya saya pun baru sahaja berhijrah. Takut juga melihat rakan-rakan yang lain diberi dugaan sedemikian (buka tudung).
"Saya percaya mereka dahulu pun mesti seperti saya juga bukan? Sebenarnya semua saya lakukan sekarang adalah atas rezeki yang diberikan Allah SWT.
"Saya banyak menghadiri majlis ilmu supaya dapat kuatkan lagi iman ini dan cuba lakukan yang terbaik sebab percaya Allah Maha Baik. Insya-Allah dengan usaha ini kita semua dipelihara," tambahnya.
Julai lalu, Nora mendedahkan salah satu faktor mendorong dirinya berhijrah adalah kekerapannya menghadiri majlis agama.

BERITA TRENDING: Siap Bagi Surat Cinta, Nora Danish Dedah Pernah Minat Cikgu Ketika Di Bangku Sekolah, - “Tiba-Tiba Dengar Dia…”

#pelakon #Munafik #Nora Danish #Hijrah #Ustazah #Mulia
;