Hiburan

Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

gempak
Firdaus
29/04/2024
09:18 MYT
Sponsor Banner
Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak
“Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.”
Begitu kenyataan pelakon Nora Danish berhubung dakwaan rumah tangganya dengan Nedim Nazri yang berantakan sehingga tidak lagi tinggal sembumbung.
Jelas Nora, dia mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah.
Begitupun, mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.
“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.
“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalahkan,” ujarnya secara profesional.
Khabar angin pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim mula bertiup kencang selepas mereka tidak berkongsi gambar raya bersama baru-baru ini.
Sementara itu, Nora berkata, hubungannya dengan suami ketika ini baik terutama melibatkan urusan anak-anak biarpun sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu.
“Kami tetap berhubung terutama pasal anak-anak. Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi unsur negatif terutama kepada anak-anak.
“Anak-anak okay tetapi yang kecil itu mungkin tidak faham. Mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai diubah suai.
“Macam saya cakap, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan ini. Sebab itu masing-masing perlukan ruang,” kongsinya.
Dalam pada itu, Nora menambah, dia dalam masa sama menyerahkan soal rumah tangga mereka mengikut aturan Tuhan.
“Itulah aturannya, kebetulan seiring dengan keadaan rumah yang sedang diubah suai, masing-masing cari ruang untuk selesaikan masalah ini.
“Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik,” katanya.
Untuk info, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15 tahun sebelum bercerai pada 2008.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live