Laman Utama
Gelagat Mesra Fasha Sandha Dengan Nora Danish, Netizen Pula Lebih Tertarik Dengan Komen Jejai
Majlis pernikahan pelawak Shuib dan pasangannya Watie Hanifiah yang berlangsung pada Jumaat sehingga kini masih menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.
Bukan sahaja pasangan suami isteri itu, namun kehadiran pelakon Fasha Sandha yang bergambar mesra dengan aktres Nora Danish di majlis tersebut juga menjadi sebutan netizen.
Fasha menerusi laman Instagram miliknya memuat naik video memperlihatkan gelagat mesra dia dengan Nora ketika menghadiri majlis pernikahan Shuib dan Watie.
Advertisement
Bagaimanapun, yang membuatkan netizen tertarik adalah komen daripada bekas suami mereka berdua iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang ditinggalkan di ruang perkongsian itu.
“Steady @fashasandha @noradanish,” tulisnya secara ringkas.
Biarpun komen itu pendek, namun tetap menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memuji sikap profesional Jejai dengan bekas-bekas isterinya.
“Tiga-tiga steady… berdamai dengan takdir. Hidup pun happy.
“Haha steady juga bro! Mashallah! Alhamdulillah.
“Jejai ex (bekas) terbaik,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Rizal mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 14 tahun.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 dan Jejai kemudian berkahwin dengan Fasha pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya matai aitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, lapan tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Persengketaan, Netizen Sebak Lihat Hubungan Baik Fasha Sandha & Nora Danish - “Pernah Berpisah, Bergaduh Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Netizen Tuduh Fasha Sandha Buat Pembedahan Bariatrik Untuk Kurus Minta Maaf - “Jangan Sedap-Sedap Mengata”
ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Dalam Polis Evo 3, Nora Danish: “Anis Ada Selagi Tidak Mati”
Must-Watch Video