Hiburan

Nora Danish ‘Sempoi’, Tak Ambil Masa Lama Dedah Wajah Anak

gempak
Mya Amri
24/02/2018
04:50 MYT
Sponsor Banner
Nora Danish ‘Sempoi’, Tak Ambil Masa Lama Dedah Wajah Anak
Pelakon Nora Danish akui tidak kisah untuk berkongsi foto anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz yang baru dilahirkan pada Khamis.
Kata Nora, dia dan suaminya, Nedim Nazri mengambil pendekatan terbuka dalam soal tersebut.
"Saya dan suami memang 'sempoi' sebab tidak mengambil masa lama hendak tayang wajah anak kami.
“Lagipun, saya sendiri, selepas dua tiga hari bersalin, pasti akan kongsi foto anak ini.
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on
"Saya percaya setiap orang ada cara sendiri dalam hal ini," katanya.
Berkongsi mengenai saat kelahiran putera keduanya, Nora memberitahu dia merasai pengalaman berbeza.
“Tak lama pun dalam dewan pembedahan. Tak sampai sejam.
"Cuma sebelum ini, ketika melahirkan Putra Rayqal, prosesnya normal. Jadi, saya rasa dua pengalaman berbeza.
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on
“Rayqal pun sudah lama mahukan adik, akhirnya saya dapat penuhi impiannya.
"Biarpun saya dan suami sudah ada anak lelaki dari perkahwinan terdahulu, keterujaan kali ini sangat berbeza ," ujarnya.
Neqayl atau lebih dikenali dengan gelaran baby Ney Ney dilahirkan secara pembedahan pada jam 9.02 pagi.
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9.
Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram @noradanish
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024