Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

Firdaus
19/10/2024 16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Puji Fizikal & Peribadi Siti Nurhaliza

Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram Story Nora di mana dirinya memuji fizikal dan peribadi penyanyi kesayangan ramai tersebut yang disifatkan sebagai lemah lembut dan merendah diri.

“Sumpah muka Kak Iti (Siti Nurhaliza) macam bayi dan sangat kecil besar tapak tangan saya.

“Seorang yang lemah lembut dan merendah diri. Memang sumber inspirasi. Saya sangat terpersona. Tak mekap pun dah cantik macam bidadari,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

​BERITA TRENDING: Tak Pernah Keluar Duit Untuk Keperluan Rumah, Ini Pesanan Neelofa Untuk Pasangan Bakal Berkahwin - “You Nak Kahwin, Husband Kena Sediakan Rumah…”

​BERITA TRENDING: Rasa Diri Lebih Dihargai Bila Mengenakan Hijab, Nora Danish Ucap Terima Kasih Yang Pernah Tegur Dahulu

​BERITA TRENDING: Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

Sementara itu, Nora turut menyatakan bahawa dirinya berasa bangga apabila dapat berdiri bersebelahan dengan pelantun lagu Cindai berkenaan.

“Sangat berbangga dapat berdiri di sebelah Kak Iti. Sayang awak, sentiasa kesayangan kami (rakyat Malaysia).

Sekadar info, Nora dan Siti bertemu di sebuah acara yang diadakan baru-baru ini.

#Penyanyi #Nora Danish #Siti Nurhaliza #Selebriti #CTDK #Pelakom #hiburan
;