,
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

Khairil Khusyairi
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.

Proses Istiqamah Sukar

Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkata sentiasa belajar memperbaiki diri mencari reda ALLAH SWT.

“Memang susah, sekarang pun masih belajar.

“Saya cuma dengar pesanan-pesanan mereka yang lebih arif. Jadi saya sedang praktikkan perkara itu sebab saya tahu industri kita memang sangat mencabar.
“Saya cuba juga dengan harapan doa-doa daripada anda semua untuk terus mendoakan saya istiqamah,” katanya kepada Gempak.

Rakan Sentiasa Sokong

Dalam pada itu, Nora bersyukur apabila rakan-rakannya sentiasa memberi sokongan dalam penghijrahannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
“Saya sebenarnya bersyukur sangat diberi peluang untuk sertai kelas ilmu agama sebab saya pun datang dari latar belakang keagamaan yang tak kukuh. Ibu saya juga seorang mualaf.

“Jadi bila dapat dorongan daripada kawan-kawan untuk sertai majlis ilmu sebegitu saya syukur sangat.

“Saya harap dengan adanya perkara itu dapat dekatkan lagi dengan Yang Maha Pencipta,” ujarnya.

Berusaha Perbaiki Diri

Akui proses istiqamah bukan sesuatu yang mudah, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut memberi pesanan untuk berusaha dalam melalui proses memperbaiki diri.

“Kita kena tanam sifat ingin berubah itu mendalam walaupun belum sampai masanya tetapi saya percaya dengan aturan Allah itu pasti akan tiba masanya untuk kita istiqamah tapi dengan syarat kita perlu usaha.

“Usaha bukan saja luaran, tetapi dalaman juga seperti berzikir, berbuat baik dengan orang, berdoa bersungguh-sungguh, solat tahajud semuanya daripada hati.“Insya-Allah, pasti akan dapat,” tutupnya.
Terdahulu, Nora Danish menarik perhatian warga maya apabila tampil dengan imej berhijab di media sosial sekitar Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Sebak, Kongsi Detik Penghijrahan - “Kadangkala Malu Dengan Diri Sendiri, Masih Tak Berubah Walau Sering Dengar Ceramah Agama”

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Untuk Tutup Komen, Imej Nora Danish Berhijab Tarik Perhatian Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Tahun Bersama, Nora Danish Sah Bercerai Dengan Nedim Nazri - “Harap Tiada Teori Tentang Perpisahan Kami”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Hiburan

Ebby Yus Hilang Pendapatan… Akui Rindu Nak Bekerja! - "Kalau Ada Tawaran, Saya Terima"

gempak
30/10/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal Ebby Yus sentiasa terbuka menerima tawaran bekerja memandangkan bidang seni satu-satunya punca pencariannya sehingga kini.
Hiburan

Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

gempak
29/10/2024
06:50 MYT
Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas isu yang membabitkan selebriti lain yang sedang bedepan kemelut rumah tangga.
Hiburan

Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."

gempak
28/10/2024
00:55 MYT
Adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media, Ameera Khan mendedahkan dia belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.
Unitar