Hiburan

Noraniza Idris Kecewa Dituduh Miming Sepanjang Konsert Qalam - “Buat Apa Saya Pergi Latihan Nyanyian..”

gempak
Umirah Halim
05/10/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Noraniza Idris Kecewa Dituduh Miming Sepanjang Konsert Qalam - “Buat Apa Saya Pergi Latihan Nyanyian..”
Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris akui rasa terkilan selepas ada segelintir netizen yang mendakwa dirinya menyanyi secara ‘miming’ sepanjang Konsert Qalam Noraniza Idris di Panggung Bangsawan baru-baru ini.

Terpaksa miming

Menurut Noraniza atau mesra disapa dengan panggilan Kak Ani, memaklumkan hanya beberapa lagu yang terpaksa dinyanyikan secara miming disebabkan masalah kesihatan.
“Memang betul dari segi satu segmen pada hari pertama konsert itu saya mengaku memang miming, tapi jangan lah cakap saya miming sepanjang konsert.

“Saya rasa terkilan kerana saya hanya miming untuk satu segmen sahaja, saya pun ada buat persediaan latihan nyanyian bersama pasukan sebelum konsert, takkan saya nak miming sahaja.

“Betul itu salah saya, saya mengaku memang ketika konsert itu saya sakit sehingga perlu buat physio, saya ada slip disc jadi saya terpaksa biarkan peserta menyanyi tanpa nyanyian saya atas pentas,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Dikir Puteri itu juga memaklumkan dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pihak peserta yang terpalit dengan isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aisha Retno Boleh Pergi Jauh, Bakat Seperti Ini Kita Perlu Jaga” - Noraniza Idris

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris Menangis Di Pentas Konsert Qalam

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Gagal Bayar Deposit & Pecat Penulis Skrip, Noraniza Idris Tampil Jawab Tuduhan - “Bila Masa Aku Lantik, Kau Fitnah Aku..”

Malah, dia turut bersedia memaafkan individu yang meninggalkan komen yang ‘jelik’ terhadap dirinya susulan kejadian itu.
“Saya sudah minta maaf secara terbuka kepada kumpulan penari yang terganggu dengan masalah teknikal sewaktu konsert itu dan terserah kepada individu yang marah itu nak maafkan atau tidak.
“Terserah lah kalau sesiapa nak komen, mungkin mereka komen ini nak patahkan semangat saya tetapi saya maafkan sahaja.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada segelintir netizen yang mendakwa Kak Ani menyanyikan lagu secara miming sepanjang Konsert Qalam.
Konsert Qalam Noraniza Idris berlangsung selama tiga hari dan menyaksikan 24 kumpulan tarian daripada pelbagai kategori bertanding.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024