Laman Utama

Noraniza Idris Tak Tolak Jika Ada Rezeki Ke Anugerah Juara Lagu

gempak
Asraf Aided
13/10/2021
08:40 MYT
Sponsor Banner
Noraniza Idris Tak Tolak Jika Ada Rezeki Ke Anugerah Juara Lagu
Penyanyi popular, Noraniza Idris tidak menolak untuk tampil bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) sekiranya lagu nyanyiannya bersama Bunga berjudul Intan Payung mara ke peringkat berkenaan.
Menurut Noraniza, hal itu kerana dia mahu memberi sokongan kepada bakat baru seperti Bunga yang baru menapak dalam industri muzik.
"Dulu saya pernah cakap, pertandingan terakhir yang saya mahu masuk adalah Gegar Vaganza, tapi sekiranya lagu Intan Payung lepas memasuki AJL, saya fikirkan tentang Bunga, kasihan dia.
"Bunga adalah penyanyi yang baru bertapak, jadi tiada salah saya beri sokongan kepadanya sebagai seorang penyanyi," katanya kepada Gempak.
Noraniza berkata demikian ketika ditemui di majlis menandatangani perjanjian (MOU) di antara Noraniza Idris Production Ventures dengan C2JOY di ibu kota pada Isnin.
Bagaimanapun, Noraniza akui bimbang jika lagu Irama Malaysia tidak mendapat sambutan hangat pada masa kini.
"Kalau sudah menjadi hala tuju lagu saya masuk ke AJL, saya ikut sajalah.
"Sekarang agak susah, saya sendiri tak nampak matlamat muzik Irama Malaysia, saya masih bimbang lagu sebegini diletakkan sebagai 'janji ada', saya rasa sedih kalau perkara itu terjadi," katanya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, kedudukan lagu Intan Payung masih bertahan pada tangga kelima dalam Carta Muzik-Muzik 36.
Intan Payung adalah hasil tulisan Bunga sendiri bersama Siqna dan digubah oleh Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa.
Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Korang dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Foto: Instagram Noraniza Idris
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024