HIBURAN
Noraniza Idris Trauma Nak Buat Konsert, Pernah Terima Cek Tendang Penaja! - "Sampai Sekarang Masih Takut Kena Scam"
Ratu Irama Tradisional dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris akui masih trauma akibat ditipu pihak yang mendakwa ingin menaja konsertnya, namun akhirnya memberi cek tendang.
BERITA TRENDING: Noraniza Idris Hadiahkan Konsert Raya Percuma! - "Saya Harap Masyarakat Akan Lebih Menghargai ..."
Jelas Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, pengalaman pahit itu membuatkannya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan janji manis sesetengah pihak yang hanya mahu menunggang populariti artis.“Saya bukan sahaja serik, malah jadi trauma nak buat konsert besar yang bertiket sebab pernah dapat cek tendang daripada pihak penaja.
"Biarpun insiden itu sudah bertahun-tahun berlaku, saya masih ingat dan jadi takut nak buat konsert. Takut kena scam,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Eh Raya 2025 baru-baru ini."Wakil syarikat itu pada awalnya bersungguh-sungguh mahu berkolaborasi, sekali gus memberikan cek dahulu, tetapi malangnya itu cek tendang, manakala pihak berkenaan terus menyepi.
BERITA TRENDING: Kak Ani Minati Lagu Raya 'Serumpun' Mimi Fly, Unik & Kreatif! - "Sekali Dengar Terngiang-Ngiang"
Mengulas mengenai Konsert Eh Raya 2025, Kak Ani berkata acara yang dijadual berlangsung pada 26 April di pusat beli-belah Summit USJ itu akan dianjurkan secara percuma demi meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama masyarakat.“Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, namun membawa penonton menyusuri pengalaman rumah terbuka Hari Raya dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian.
"Idea mahu berkongsi konsert tanpa tiket berbayar ini muncul selepas saya pindahkan operasi Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI) di Shah Alam dari Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan menariknya banyak pihak tampil untuk sama-sama menjayakannya.
"Kami akan sajikan persembahan lagu raya penuh nostalgia seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal diiringi lebih 60 penari NIDA TARI selain memasyarakatkan semula seni tradisional,” ujarnya.
Untuk rekod, kali terakhir Noraniza mengadakan konsert adalah menerusi Konsert Qalam yang berlangsung pada September tahun lalu.
Must-Watch Video