HIBURAN
Kak Ani Minati Lagu Raya 'Serumpun' Mimi Fly, Unik & Kreatif! - "Sekali Dengar Terngiang-Ngiang"
Ratu Irama Tradisional dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris mengagumi karya yang dihasilkan oleh penyanyi berbakat besar, Mimi Fly terutama lagu raya terbaharunya berjudul Serumpun.
Jelas Noraniza atau lebih dikenali dengan Kak Ani, Mimi punyai idea yang kreatif, unik dan melangkaui kebiasaan.
“Memang banyak lagu raya dilancarkan tahun ini dan boleh dikatakan saya dengar semuanya namun paling saya suka adalah Serumpun daripada Mimi Fly. Sekali dengar terus terngiang-ngiang.
“Serumpun memang unik baik dari segi gubahan melodi mahupun seni katanya yang ‘menangkap’ perhatian. Kedengaran moden, tetapi tetap mengekalkan nilai tradisional.
“Sejujurnya saya kagum dengan idea yang dicanai ini dan tidak keterlaluan kalau saya katakan Mimi satu-satunya penyanyi yang mengangkat irama etnik kreatif sekarang," katanya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: #GempakVideoNews : Mimi Fly Ucap Terima Kasih - “Bila Dengar Teguran Mufti, Saya Berbincang Dengan Mama…”
BERITA TRENDING: Mimi Fly Ucap Terima Kasih, Syukur Sempat Selamatkan Serumpun - “Bila Dengar Teguran Mufti, Saya Berbincang Dengan Mama Dan Berfikir…”
BERITA TRENDING: Terima Teguran Dengan Baik, Mimi Fly Dipuji Tunjuk Sikap Positif - “Bukan Kerana Paksaan, Tetapi…”
Mengulas tentang kebanjiran lagu raya baharu, penyanyi yang telah berkecimpung dalam industri muzik selama empat dekad ini melihatnya sebagai perkembangan positif yang meraikan kepelbagaian dalam seni.Namun, menurut Kak Ani, perbezaan ketara antara lagu raya dahulu dan sekarang adalah kebanyakan karya moden hanya popular dalam satu musim sebelum dilupakan.
“Lirik lagu raya sekarang banyak menggunakan bahasa pasar, kurang elemen puitis yang biasanya memberi rasa syahdu kepada pendengar.
“Sebab itu, banyak lagu raya masa kini sukar untuk meninggalkan kesan mendalam. Tapi tak dinafikan, masih ada karya berkualiti seperti Serumpun, walaupun bukan dalam kategori lagu syahdu,” katanya.
Sementara itu, muzik video Serumpun, yang mengangkat keindahan sambutan Aidilfitri, berjaya meraih lebih hampir sejuta tontonan dalam tempoh tiga hari selepas dikongsi semula di saluran YouTube rasmi Mimi Fly.
Must-Watch Video