HIBURAN
Noraniza Idris Hadiahkan Konsert Raya Percuma! - "Saya Harap Masyarakat Akan Lebih Menghargai ..."
Ratu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris bakal menghiburkan para peminat dalam sebuah konsert Hari Raya percuma yang bakal berlangsung di Summit USJ pada 26 April 2025 (Sabtu), dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
BERITA TRENDING: Kak Ani Minati Lagu Raya 'Serumpun' Mimi Fly, Unik & Kreatif! - "Sekali Dengar Terngiang-Ngiang"
Dikenali dengan semangatnya dalam memartabatkan seni budaya tempatan, Noraniza tampil dengan inisiatif penuh makna menerusi KONSERT EH RAYA 2025, yang menghimpunkan elemen hiburan, warisan budaya dan keterlibatan komuniti dalam satu sambutan Aidilfitri yang luar biasa.Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, ia membawa penonton menyusuri pengalaman rumah terbuka Hari Raya dalam bentuk sketsa, tarian dan nyanyian. Noraniza Idris, yang turut memegang watak utama sebagai "Che Ani", akan mengacarakan persembahan selama dua jam bersama Azmir Arif, Helmi Gimmick dan Siti Sarah.
Penonton akan disajikan dengan persembahan lagu-lagu raya penuh nostalgia seperti Rewang Raya dan Halal Bihalal, diiringi oleh lebih 60 penari daripada Noraniza Idris Dance Academy (NIDA TARI).
Sebagai usaha memasyarakatkan semula seni tradisional, KONSERT EH RAYA 2025 juga mengetengahkan Bengkel Zapin & Ronggeng Selangor, pertandingan tarian kreatif serta aktiviti budaya lain seperti Rewang Raya, Malam 7 Likur, Pagi 1 Syawal dan perarakan makanan warisan Bugis.
BERITA TRENDING: Kak Ani Menangis, Sujud Syukur... Batal Niat Tutup Kilang Muruku - "Hampir Jatuh Terduduk, Datang Rezeki Ini"
Semua ini disusun secara terbuka dan percuma untuk orang ramai, menjadikan program ini antara acara kebudayaan terbesar yang pernah dianjurkan sempena Aidilfitri di Selangor.Lebih istimewa, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pratonton eksklusif persembahan warisan tarian Negeri Selangor sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Selangor 2025. Modul pembelajaran budaya ini dibangunkan oleh Noraniza Idris sendiri melalui akademinya yang kini beroperasi di Shah Alam.
Sementara itu, penyanyi Noraniza Idris menzahirkan rasa teruja apabila berpeluang menjayakan Konsert Eh Raya 2025 anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia.
“Saya amat teruja kerana dapat menjayakan konsert ini bersama rakan-rakan artis lain, yang pastinya bakal menghiburkan pengunjung dengan pelbagai persembahan menarik.
“Pusat beli-belah Summit USJ dipilih sebagai lokasi strategik kerana ia antara pusat tumpuan komuniti yang meriah dengan pengunjung sempena musim perayaan.
“Sebagai anak seni, saya percaya muzik tradisional dan elemen kebudayaan harus terus diberi ruang dan disatukan dengan irama moden agar mampu menarik minat generasi baru.
“Konsert ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan semula keindahan muzik etnik kreatif yang saya perjuangkan sejak dahulu. Dengan adanya acara seperti ini, saya berharap masyarakat akan lebih menghargai kepelbagaian warisan seni kita yang kaya dan unik,” katanya yang turut bertindak sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Tatihseni Malaysia.
BERITA TRENDING: Dikecam Netizen, Noraniza Idris Tetap Anggap Konsert Qalam Sebagai Satu Kejayaan - “Kalau Esok Saya Belasungkawa Ada Juga Satu…”
Dalam pada itu, penganjur bersama Konsert Eh Raya 2025, NIPV Management iaitu Jeffri Iman Hoodi, pihaknya menjangkakan lebih 5,000 pengunjung membanjiri acara itu.“Objektif kami adalah untuk menghidupkan suasana Aidilfitri dalam bentuk hiburan yang mesra keluarga, tradisional tetapi moden dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat.
“Acara ini bermatlamat untuk mengembangkan seni budaya dalam kalangan generasi pelapis selain mengangkat semula seni budaya kita yang semakin dilupakan,” katanya.
Para pelancong tempatan dan luar negeri turut dijemput hadir menerusi kerjasama dengan agensi pelancongan dan bas pelancong yang digalakkan untuk menjadikan acara ini sebagai salah satu hentian kebudayaan dalam pakej mereka.
Selain persembahan pentas, KONSERT EH RAYA 2025 membuka ruang eksklusif buat para usahawan yang ingin mempromosikan produk mereka kepada khalayak umum.
Usahawan akan diberikan ruang mempamer produk, membuat demonstrasi serta menyertai jamuan gastronomi warisan Bugis secara percuma sebagai sebahagian daripada pakej promosi terhad yang ditawarkan sepanjang konsert.
Majlis pelancaran rasmi akan disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman AlHaj selaku Penaung NIDA.
KONSERT EH RAYA 2025 dianjurkan dengan kerjasama Summit USJ selaku penaja lokasi, Tourism Selangor sebagai penyokong promosi negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penaja hadiah serta Persatuan Tatihseni Malaysia, CHE ANI PREMIUM, NAJAH dan NIDA yang menjadi tulang belakang penganjuran keseluruhan acara ini.
Must-Watch Video