Penyanyi Nourul Depp berdepan dengan cabaran apabila anak-anaknya sudah memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sesi persekolahan tahun ini.

Menerusi posting di akaun Instagramnya, Nourul memuji usaha para guru yang tidak putus asa mengajar murid-murid walaupun secara virtual.

“Untung kita mak pak masa lalu, tahun 2019 ke bawah, tahun sebelum corona, ada sekolah fizikal, ada guru-guru yang jadi ibu bapa kedua didik anak-anak kita.

“La ni, kita haqu sikit lah. Sebab kita tak belajaq jadi cikgu nak bagi ilmu sekolah. Kita mak pak bagi ilmu lain.

“Mak pak la ni banyak tekanan terutamanya kalau anak-anak yang tak boleh fokus sebab depa kecik lagi. Tak tau benda.

“Guru-guru? Hangpa ingat depa tak tertekan tak dapat sampaikan apa nak di sampaikan?

“Semua ada tekanan. Bersabarlah hadapi. Tak lama. Insya-Allah tahun depan okay. Sementara nak biasa dengan perjalanan anak-anak, memang haqu!” coretnya.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)


Sekadar info: PdPR ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian dan kaedah ini boleh dilaksanakan dalam talian, luar talian atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

Menerusi pendekatan dalam talian, cara pembelajaran melalui capaian internet, peranti dan belajar secara ‘real time’.

BACA: Nak Cakap Sikit: Komputer Riba & Handphone Tak Cukup…Macam Mana? Ada 3 Orang Anak Nak Mulakan Kelas PdPR Hari Ini!

Bagi pelaksanaan luar talian pula murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.

Kejayaan PdPR ini memerlukan sokongan semua pihak terutamannya KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga serta komuniti.