GAYA HIDUP
#NowEveryoneCanFly - AirAsia Mansuhkan Bayaran Pemprosesan Bermula Oktober
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai Oktober depan.
Menerusi laman sosial Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan khabar baik itu.
“Saya berbesar hati memaklumkan AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bermula Oktober.
"Kami masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan.
“Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran," tulisnya menerusi satu hantaran Tweet pada Selasa.I’m pleased to announce that @Airasia is removing processing fee from October. We still still have some charges to drive traffic to cheaper , safer and less fraudless methods. But there Will be methods with no fees. no more process#technologyrules #makingairfaresaffordable— Tony Fernandes (@tonyfernandes) July 30, 2019
Bersama pengumuman itu, beliau turut meletakkan dua tanda pagar iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.
Di ruangan balas, rata-rata netizen berpuas hati dan gembira dengan keputusan pemansuhan yang diambil.
Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.
Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terlibat.
Must-Watch Video