Berita

Nubhan Ahamad 'Denda' Isteri Tak Nak Beri Nafkah 5 Bulan Sebab...

gempak
ZULHILMI JALIL
06/08/2020
02:55 MYT
Sponsor Banner
Nubhan Ahamad 'Denda' Isteri Tak Nak Beri Nafkah 5 Bulan Sebab...
Sebuah video yang dimuat naik penyanyi Nubhan Ahamad di Instagram miliknya mencuri tumpuan netizen apabila memaparkan pengakuan 'kesalahan' isterinya.
Dalam video tersebut, isterinya, Dr. Afifah Hidayah Tawfek mendedahkan kepadanya mengenai tindakannya yang telah berbelanja melebihi had sepatutnya menggunakan kad kredit tanpa disedari.
Lebih mengejutkan, isterinya itu kemudian mengakui sudah menggunakan kesemua had kad kredit yang ditetapkan.
"Saya nak cakap yang bulan lepas, saya dah terguna sehingga melebih had kredit. Tak tahulah tiba-tiba dah tak boleh swipe," kata Afifah.
Nubhan yang terkejut dengan pengakuan isterinya itu kemudian bertindak mahu mengambil kad kredit yang diberikannya itu.
"Kalau macam tu, saya kena ambil balik. Awak dah langgar syarat dan peraturan. Astaghfirullah, matilah den nak kena bayar kad kredit ni. Kenapa perangai awak macam ni..
"Takkanlah sampai lebih limit. Tak kan hari-hari ada kecemasan. Kenalah kawal perbelanjaan," bebel Nubhan.
Menurut Nubhan lagi, dia mengakui selama ini kad kredit tersebut diberikan kepada isterinya sebagai pengganti pemberian nafkah.
"Saya bagi kad kredit ganti nafkah supaya boleh kumpul point. Tapi ini bukan kumpul point dah, ini buat den gilo..sampai habis limit.
"Banyak limit tu, apa yang awak belanja. Kalau dah lebih maknanya, awak dah guna nafkah awak selama enam bulan.
"Lagi lima bulan ni tak adalah bagi duit lagi sebab dah guna habis dalam satu bulan. Patutlah hari-hari posman hantar barang ke rumah," katanya.
Begitupun, Afifah kemudian mengakui kesalahan dirinya yang seronok melakukan perbelanjaan.
"Sebenarnya saya sangat seronok berbelanja bulan lepas. Ni baru kali pertama berlaku," luah isterinya.
Begitupun, reaksi Nubhan yang terpaksa mengadap perangai isterinya itu mencuit hati.
"Hahaha, lima bukan tak ada nafkah dah.
"Dua-dua masuk air gelak sakan gurau kasar bagai, pasangan sweet.
"Memang hari-hari kita terguna cakap macam tu.
"Moga murah rezeki suami belanja isteri banyak-banyak," tulis sebahagian netizen.
Sebelum ini, pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila Nubhan bertindak menunjal kepala isterinya dalam satu video prank.
BACA: "Saya Dah Rasa Lemah Kaki, Terkejut Sebab..." - Kepala Kena Tunjal, Isteri Nubhan Buka Mulut
Saksikan program yang menampilkan Nubhan Ahamad di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live