Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nurul Shuhada Teruja ‘Crush’ Follow TikTok, Selama Ini Usha Dalam Diam - “Ah Jerit Satu Rumah, Tapi Kita Takut Nak…”

Asyikin Mayudin
13/08/2024 23:55 MYT
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada meluahkan rasa keterujaan apabila lelaki yang diminati dalam diam mula mengikuti akaun TikToK miliknya.

Crush Follow TikTok

Shuhada menerusi Instastory memberitahu dia menjerit satu rumah apabila mendapat tahu lelaki berkenaan mula mengikutinya.

“Aahhh jerit satu rumah, crush follow kita dekat TikTok. Selama ni stalk diam-diam saja, tiba-tiba hari ini dia follow kita,” kongsi Shuhada.

Pada perkongsian yang sama, Shuhada bagaimanapun berkata dia berasa takut untuk mengikuti semula akaun TikTok lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pukul Bekas Isteri Diteruskan Dengan Perbicaraan, Hafidz Roshdi Kelihatan Sugul

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Gembira Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – “Saya Harap Berita Ini Membuka Mata Orang Luar Bahawa Kami…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Dipukul Hafidz Roshdi

“Tapi kita takut nak followback,” ujarnya lagi.

Terdahulu, bekas suaminya Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi sebutan semula kes dakwaan dia mencederakan Shuhada pada Selasa.

Mahkamah menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula surat representasi berhubung penarikan balik kes pelakon Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Mac lalu.

Nurul Shuhada juga tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini, dipercayai kini berada di Australia.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai tahun lalu.

#Hafidz Roshdi #Nurul Shuhada #Hafidz Shuhada #Shuhada crush