Nyanyi Lagu Laksamana Raja Di Laut, Netizen Puji Lunaknya Suara Bintang Big Stage Tamil, Roshini Balachandran! - "Lenggok Dia Bukan Main!"
Amri Hassan
14/03/2022 07:45 MYT
14/03/2022 07:45 MYT
Tak semua mampu menyanyikan lagu Laksamana Raja Di Laut dengan sempurna. Namun, apa yang dikongsikan oleh bintang Big Stage Tamil, Roshini Balachandran memang wajar dipuji!
BACA: Pak Ngah Mampu Ramal Lagu Jadi Popular, Setiap Lagu Buat Peminat Tunggu
BACA: "Saya Anggap Dia Seperti Keluarga Sendiri" - Siti Nurhaliza Terkesan Dengan Pemergian Pak Ngah
Lagu nyanyian asal Iyeth Bustami itu dinyanyikan semula oleh Roshini dan dimuatnaik dalam akaun Instagramnya baru-baru ini, sekali gus mendapat perhatian dan pujian ramai.
Malah, ada yang memuji kehebatan lenggok suara Roshini yang persis dengan penyanyi berbangsa Melayu.
"Sedapnya! I hope you become popular," puji seorang pengguna.
"OMG, I closed my eyes and it sounds angelic," tambah individu lain.
"Got goosebumps! So good," puji pula pengguna lain.
Namun, hal itu tidak mudah kata Roshini, dia perlu melakukannya berkali-kali sebelum mendapat lenggok yang tepat.
"Selepas berkali-kali berlatih akhirnya saya hilang suara saya tapi ia berbaloi. Saya tahu banyak lagi yang perlu dimantapkan," katanya.

Roshini antara peserta Big Stage Tamil yang kerap menyanyikan semula lagu berbahasa Melayu antaranya Cindai (Siti Nurhaliza) dan Ku Ke Udara Lagi (Francissca Peter).
Big Stage Tamil bertemakan #TheTurningPoint mengangkat bakat lokal dan menyuntik inspirasi kepada penyanyi muda untuk mengejar cita-cita bergelar penyanyi.
Dihoskan oleh Ahila (RAAGA) dan Vicky, seramai 11 peserta yang bertanding untuk merebut gelaran juara.
Mereka ialah Pavitren Subramaniam, Kanniyaashree Kannan, Harieharan C Gangkathran, Sasitharan Rajendran, Vetha Naveenaa Paremeswaran, Arulini Arumugam, Thanushan Jayakumar, Roshini Balachandran, Jeevanraj Venugopal, Vetha Shahana Paremeswaran Naidu, dan Swetha Nair Krishnakumar.
Sepanjang 8 minggu, peserta akan diadili oleh panel juri terdiri daripada penggiat seni dan penyanyi, antaranya Dr Burn dan Punitha Raja, serta bekas penyampai radio RAAGA, Ram dan komposer, Shameshan Mani Maran.
Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM30,000, tempat kedua RM15,000 dan hadiah saguhati RM5,000 setiap seorang.
Big Stage Tamil mula disiarkan pada Sabtu, 12 Mac 2022 pukul 9 malam di saluran Astro Vinmeen (CH202) dan platform Astro GO serta On Demand.
Jangan lupa juga teruskan menonton Big Stage 2022 setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
#Penyanyi
#Viral
#Cover
#Pak Ngah
#Big Stage Tamil
#Iyeth Bustami
#Laksamana Raja Di Laut
#Roshini Balachandran