"Nyanyilah Berkali-Kali, Saya Tiada Masalah" - Ernie Zakri Steady Bella Astillah Sering Nyanyi Lagu Masing-Masing
Ernalisa
27/10/2024 08:55 MYT
27/10/2024 08:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tidak mempunyai masalah apabila lagu nyanyiannya Masing-Masing dikatakan sering didendangkan penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
BERITA BERKAITAN: Kontroversi Konsert Tak Ganggu Fokus Bella Astillah Untuk ‘Perform’ Di Konsert Sumandak Stars - “Saya Fokus Pada Diri Sendiri & Vokal Saja”
BERITA BERKAITAN: Terkilan Syarat Tidak Diikuti, Stacy Dedah Punca Tarik Diri Daripada Konsert Sumandak Stars - “Saya Fikir Ada Kesilapan Teknikal Tetapi….”
BERITA BERKAITAN:Kisah Cinta Phoebe & Ejoi Menang Anugerah Drama Bersiri Terbaik (Anugerah Media Baharu) Di ASA2024
BERITA BERKAITAN:One Cent Thief Rangkul Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024!
Menurut penyanyi berbakat besar itu, dia secara peribadi menerima dengan terbuka sesiapa sahaja yang ingin menyanyikan lagu-lagunya.
"Bagi saya..saya tiada masalah pun untuk sesiapa sahaja menyanyikan lagu Masing-Masing atau mana-mana lagu saya.
"Asalkan sedap didengar dah cukup bagi saya.
"Mengenai Bella nyanyikan lagi itu, jujur saya katakan saya tiada masalah. Nyanyilah," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ernie memohon orang ramai untuk lebih terbuka selepas Bella mendapat kecaman ramai apabila kerap menyampaikan lagu Masing-Masing.
Terdahulu, Bella tampil memohon maaf kepada segelintir pihak yang berasa kurang senang apabila sering mendengar dia menyanyikan lagu Masing Masing nyanyian penyanyi Ernie Zakri.
Menurut Bella, dia juga hanya memenuhi permintaan penganjur yang mahu lagu tersebut dinyanyikan.