Pusat membeli belah terkemuka, eCurve Damansara dikhabarkan bakal berhenti beroperasi tidak lama lagi.

Perkara itu hangat diperkatakan netizen selepas berita tersebut dikongsi melalui Facebook Malaysia Shopping Mall sejak semalam.

Akaun itu melaporkan memaklumkan pusat membeli-belah berkenaan ditutup sepenuhnya pada 31 Mac depan.

Difahamkan, rata-rata pemilik premis perniagaan di eCurve telah mendapat notis secara lisan dari pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut.

“Maklumat diberikan oleh penyewa pusat membeli-belah. Agak terkejut selepas menerima notis secara lisan dari pihak pengurusan E-Curve di mana pusat membeli-belah ini bakal menamatkan operasi pada 31 Mac.

“Semoga tetap kuat untuk semua penyewa dan pemunya premis, masa sukar tidak akan kekal selamanya, mari bersatu dan berjuang.

“Menunggu eCurve untuk dibuka kembali dan proses penjenamaan semula dilakukan dengan baik,” maklum hantaran itu.


Sementara itu ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan coretan netizen yang kebanyakannya mengimbas kembali kenangan di pusat membeli belah itu.





Sebelum ini, netizen juga meluahkan rasa sedih apabila pasaraya popular, Tesco Malaysia telah dituar penjenamaannya kepada Lotuss Store.

BACA: “Letaklah Nama Apa Pun Tetap Nak Panggil Tesco! – “Tinggal Kenangan, Netizen Kekok Nak Sebut Lotuss Store