Khabar angin mengenai penukaran nama pasaraya Tesco Malaysia yang tular sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan.

Perkara itu disahkan menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasmi Tesco Malaysia semalam.

Kenyataan itu memaklumkan Tesco Malaysia telah ditukar penjenamaannya sebagai Lotuss Store.

“Nampak sesuatu yang berbeza? Nama kami kini ditukar ke Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd. Nantikan penjenamaan baharu daripada kami,” maklum posting tersebut.



Bagaimanapun penukaran nama itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak boleh melupakan nama Tesco.

Kebanyakkan posting berkaitan dengan Tesco di media sosial menunjukkan netizen mahu mengekalkan panggilan ‘Tesco’ yang sudah sememangnya dekat di hati orang ramai.









Difahamkan penukaran nama ini disebabkan pengambilalihan Tesco Malaysia oleh entiti Thailand iaitu Charoen Pokphand Group Co. Ltd (C.P. Group) sejak Disember tahun lalu.

Penjelasan itu diberikan oleh pihak Tesco menerusi ruangan infomasi ‘about me’ di Facebook rasmi mereka yang telah dikemaskini.

Foto: Twitter