,
Laman Utama

#OhAbeNik: Bilik Sempit Tapi Nak Juga Cantik! Ikut 5 Langkah Mudah Ni, Duit Pun Jimat

Amri Hassan
20/02/2021
09:50 MYT
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
***
Bilik tidur menjadi ruang privasi yang terbaik untuk berehat dan melepaskan lelah selepas penat bekerja.
Jadi, pastinya ramai yang mahukan bilik tidur yang cantik dan mendamaikan. Apatah sekarang ini kita lebih kerap berada di rumah.
Bagi yang buntu untuk mencari idea bilik tidur yang sempit, jangan risau ada banyak cara untuk menjadikan ruang itu ruang kegemaran anda.
Jadi, Abe Nik kongsikan 5 cara mudah menghias bilik tidur yang sempit dengan bajet yang rendah.
1. Cat warna pastel
Pilih cat dinding bilik anda dengan warna-warna lembut dan pastel. Warna sedemikian akan memberikan impak ruang yang lebih luas dan mood yang menenangkan.
Bagi tahun 2021, warna pantone yang popular untuk mengecat ruang rumah ialah kelabu cair dan percikan warna kuning. Selain itu, pilihan warna lain ialah biru hijau lembut.
Padankan dengan warna asas seperti beige, off white atau krim.
2. Perabot minimal
Selepas selesai sesi mengecat billik tidur anda, masukkan semula perabot mengikut kedudukan yang sesuai.
Bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari melainkan anda punyai ruang yang masih luas.
Pilih dan asingkan barang yang tidak diperlukan dan jarang digunakan, elak daripada menyimpan semula barang tidak perlu dalam bilik tidur anda.
3. Tambah cermin
Cermin memberikan dimensi lebih luas kepada bilik tidur anda yang sempit. Pilih cermin yang bersaiz besar! Biar puas hati...
Minimumkan penggunaan hiasan dinding seperti bingkai gambar dan pilih item yang betul-betul perlu sahaja. Jangan semakkan dengan pelbagai corak atau warna lain.
4. Pencahayaan terang
Jika bilik tidur anda mempunyai tingkap, gunakan day curtain berwarna cerah seperti putih atau beige. Jika punyai bajet yang lebih, dapatkan night curtain yang berkualiti untuk memberikan keselesaan ketika tidur waktu malam.
Selain itu, pastikan pencahayaan bilik tidur anda juga sempurna. Baiki lampu (jika rosak) atau tambahkan lampu meja dan letakkan berhampiran katil anda bagi memberikan mood ala-ala di hotel.
5. Kemasan lembut
Pilih cadar yang bersesuaian dengan anda, guna warna yang terang dan kurangkan yang bercorak.
Pilih fabrik jenis kapas bagi memberikan pengudaraan yang baik ketika anda tidur.
Cadar akan mempengaruhi emosi anda, jadi semestinya anda mahukan katil yang selesa dan tidak berserabut.
Ada juga boleh menambahkan pokok hiasan untuk memberikan kesegaran kepada ruang tidur anda.
Tambah sensasi menyamankan dengan meletakkan pewangi bilik sama ada spray, diffuser atau lilin aromaterapi. Wallah!
***
Abe Nik harap anda boleh memanfaatkan serba sedikit petua yang diberikan kali ini untuk mendekorasi bilik anda.
Kongsikan kepada Abe Nik hasil make over bilik tidur anda. Pelbagai barangan murah sebenarnya boleh didapati sekarang di pelbagai platform e-dagang bagi menjimatkan kos pengubahsuaian anda.
Ingat, bilik yang bersih boleh menyucikan minda dan memberikan aura yang positif! Malaikat pun suka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar