,
Laman Utama

#OhAbeNik: Caprice Who? Kenali Siapa Dia & Intip Fesyen Cool Bintang Rap Yang Sedang Viral Ini!

Amri Hassan
17/07/2021
09:45 MYT
Selain ratu rock negara Ella, Caprice antara individu yang membahasakan dirinya sebagai Caprice dalam kalangan peminat.
Muncul setiap kali timbulnya isu panas di dalam dan luar negara, penyanyi rap yang juga motivator ini tidak lekang daripada menjadi bualan ramai.
"Bang! Bang!" Itu antara tagline wajib setiap kali memuatnaik video di Instagramnya.
Terbaharu, Caprice atau empunya nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu menjadi topik sohor kini di media sosial terutama Twitter selepas tular kisahnya bergeser pendapat dengan pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.
BACA: Isu Foto Beri Permainan, Cium Kaki Menteri Gaza & ‘Block’ Di IG, Pembantu Peribadi Ebit Lew Bongkar Cerita Sebenar
BACA: "Pulanglah, Dapatkan Rawatan" - Didakwa Mengalami Depresi, Sharnaaz Ahmad Mahu Caprice Balik Malaysia
Jom intip siapa sebenarnya Caprice dan gaya-gaya semi kasual yang sering dipakainya termasuk ketika tibanya di Kaherah, Mesir beberapa minggu lalu.
#1 Lenglui
Lenglui dan Dem Girls, dua lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris dan pernah dahulu melonjakkan namanya di persada seni suara.
Antara single lain yang pernah dipopularkannya ialah Teman (Valentine Tak Jadi), Fantasy Girls (2009), Tuhan Tolonglah (2010), Chikaro (2012), Wat Lek Wat Peace (2014) dan Baby Sayang (2019) yang turut menampilkan Mira Filzah.
Selain menyanyi, Caprice juga merupakan penceramah motivasi, usahawan, penulis lirik, penerbit rakaman dan pengasas aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.
Malah, Caprice turut membangunkan aplikasi Mengaji.com dan Rajin.com.
Jiwa usahawannya mendorong Caprice menghasilkan beberapa produk lain seperti wangian Rindu Raudah, 'Choco What Is In The Jar Today' dan jenama pakaian, Buaya (check sini!).
#2 Curi duit ayah
Berasal dari Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 25 Julai 1988.
Caprice pernah mengaku kepada media dia mencuri sejumlah wang bernilai RM300 daripada dompet bapanya dan melarikan diri dari rumah untuk bergelar artis.
"Duit itu untuk makan, minum, nak hidup, nak survive.
"Ibu bapa saya memang tak restu saya jadi artis, lebih baik berkhidmat dalam sektor kerajaan," kata Caprice.
#3 Mengaji hari Rabu
Merupakan anak seorang diplomat, Caprice dan adik-beradiknya pernah tinggal di Perancis, Jordan dan Algeria sebelum pulang ke tanah air.
"Saya dapat gred bagus dalam peperiksaan, dapat full scholarship. Walau tinggal di luar negara, ibu bapa saya pentingkan ilmu agama.
"Biasanya pada hari Rabu kami akan mengaji di rumah, tapi masa budak-budak saya selalu bagi alasan untuk ponteng," katanya memetik laporan Nona.
#4 Depresi
Caprice pernah mengulas mengenai masalah depresi dalam kalangan orang ramai khususnya golongan selebriti.
Antara isu yang pernah menarik perhatiannya adalah mengenai pelakon Farid Kamil dan penyanyi Haqiem Rusli.
"Depresi bukan jenaka. Ia isu yang serius saya juga pernah mengalaminya," kata Caprice.
#5 What is on the news today?
"What's up gang! What is on the news today?" demikian tagline wajib pembuka video-video ulasannya yang viral di media sosial.
Lebih comel apabila Caprice akan menampilkan figura mainan yang dikumpulnya dalam setiap video yang dirakam. Korang semak koleksi mainan minifigure macam Caprice di sini
Pelbagai isu menjadi perhatian dan ulasannya yang rata-ratanya berjaya membuka mata ramai dan memperbetulkan persepsi yang kurang tepat.
Jadi, boleh dikatakan Caprice punyai pengaruh yang kuat kepada 1.8 juta pengikutnya di Instagram!
#6 Gaya semi kasual & cool
Topi dan kasut sneaker antara aksesori wajib Caprice, malah beberapa gaya formalnya turut dipadankan menjadikan ia lebih santai dan relaks.
Bersut, bertopi dan bersneaker, itu antara gaya wajib Caprice ketika menghadiri kebanyakan acara di dalam dan luar negara. Nak bergaya macam Caprice? Ushar link ni
Malah, potongan rambutnya juga antara yang menjadi buah mulut ramai.
BACA: "Rambut & Pakaian Macam Ni Boleh Sampai Palestin?" - Pendakwah Sindir Caprice, Ini Jawapan Empunya Diri
Jom tengok balik gambar-gambar terkini dan throwback foto-foto menarik Caprice! Bang Bang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

gempak
05/10/2024
05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
BorakSeeni