Laman Utama

"Rambut & Pakaian Macam Ni Boleh Sampai Palestin?" - Pendakwah Sindir Caprice, Ini Jawapan Empunya Diri

gempak
Amri Hassan
27/06/2021
09:47 MYT
Sponsor Banner
"Rambut & Pakaian Macam Ni Boleh Sampai Palestin?" - Pendakwah Sindir Caprice, Ini Jawapan Empunya Diri
Penyanyi rap dan motivator, Caprice mengakui tersinggung dengan sindiran yang dimuatnaik seorang pendakwah di media sosial baru-baru ini.
Biarpun tidak ditujukan secara langsung terhadapnya, kata Caprice dia menganggap tindakan sedemikian tidak seharusnya dilakukan terutama bagi individu yang 'kuat agama'.
"Saya terasa sikit ramai DM saya pada satu posting di mana soerang beragama sindir orang macam Caprice.
"Katanya dengan rambut dan pakaian macam saya, macam mana boleh sampai untuk membantu Palestin?
"Kepada ustaz, ini bukan kali pertama saya buat kerja ni. Semasa Amerika Syarikat declare Jurusalem as capital saya ada di sana protesting, saya hubungi kedutaan AS tanya kenapa," jelasnya.
Caprice bagaimanapun memohon maaf sekiranya imej yang ditonjolkan tidak senang pada pandangan peribadi pendakwah terbabit.
"Saya minta maaf kalau pakaian saya tak sesuai atau tak senonoh bagi ustaz.
"Apabila ustaz cakap kita patut sokong Palestin demi ummah, bila orang macam saya sampai kenapa patut pertikai? Saya tak faham...
"Sepatutnya kita umat Islam kena bersatu. Tak kisah siapa yang sampai, janji dia dapat bantu insya-Allah. Bukan nak berpecah-belah... ini menyedihkan.
"Kebanyakan yang demotivate kita adalah orang kuat agama dan orang Islam sendiri. Tolonglah demi ummah, pastikan biar betul ikhlas," tambahnya.
Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir sedang dalam misi kemanusiaan sebelum memasuki Gaza dan Palestin.
Pesan Caprice dia mungkin tidak akan mengemaskini akaun media sosialnya apabila misi paling susah itu mula dilaksanakan nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live