Laman Utama
#OhAbeNik: Drama Nak Kahwin, Lakonan Olok-Olok Palestin & Mengidam Lamborghini... 3 Kisah Founder Produk Ni Betul-Betul Ker Gimik Jer?
Kisah tiga usahawan tempatan mencuri tumpuan ramai sepanjang minggu ini. Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangan Ayuni-Wildan masing-masing ada cerita sendiri.
Datuk Seri Vida dengan kisah pemeriksaan kesuburan dan gosip nak kahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Datuk Seri Aliff Syukri pula dengan video parodi lakonan semula situasi seakan-akan serangan di wilayah bergolak, Palestin.
Manakala, pasangan usahawan muda, Ayuni dan Wildan dengan cerita mengidam kereta mewah lamborghini.
1. Drama kahwin Datuk Seri Vida
Pelantun lagu I Am Me itu mula mencuri perhatian apabila membuat pemeriksaan kesuburan setelah empat bulan tidak datang haid.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan Vida masih subur dan berupaya untuk melahirkan zuriat.
Perkara itu kemudiannya disambut baik oleh Ahmad Iqbal yang mengakui memang menyimpan perasaan terhadap Vida.
Ahmad Iqbal juga menegaskan cintanya buat Vida ikhlas dunia akhirat, dalam masa sama menafikan dia kaki kikis.
Difahamkan mereka merancang untuk berkahwin pada Disember nanti.
Hubungan mereka menjadi lebih sulit apabila belum beroleh restu dari anak sulung Vida, Cik B.
Perjalanan kisah Vida & Iqbal diselitkan juga dengan pemasaran produk Pamoga, wangian Aura dan 'sejadah doa makbul.
2. Lakonan medan perang Datuk Seri Aliff Syukri
Melakonkan semula babak keadaan di Palestin, pelantun lagu Bobo Di Mana bersama isteri, Datin Seri Shahida menuai kritikan dan kecaman hebat netizen.
Kedua-duanya beraksi kedua-duanya beraksi seolah-olah sedang diserang dan cuba menyelamatkan diri sambil dilatari bunyi senapang dan bedilan.
Tulis Aliff; "Inilah keadaan di Palestin... Inilah hero penyelamat negara."
Mungkinkah itu sekadar hiburan buat pelepas penat bekerja atau stress dengan situasi semasa?
Tulis seorang pengguna di Twitter; "Maaf Datuk tapi ini bukan satu lawak, kalau dapat berita di Palestin Datuk akan menangis lihat rakyat mereka ditembak, diperlakukan dengan kejam. Datuk takkan buat lawak ni."
Bulan lalu, Aliff Syukri tampil deng sepotong video memegang dan memeluk wanita dalam promosi tudung keluarannya, AS Hijab.
Shahida juga menafikan dirinya merupakan wanita yang dipeluk Aliff dalam video berkenaan.
BACA: "Bini Kan Ada..." - Berpelukan & Berpegangan Tangan Dengan Pelakon Wanita, Aliff Syukri Dikecam
3. Mengidam Lamborghini RM3 Juta Ayuni & Wildan
"Baby yang nak," demikian kata usahawan produk Vitamilk, Ayuni yang mengidam nak beli kereta lamborghini berharga RM3 juta.
Hasrat itu tidak mendapat persetujuan suaminya yang kemudiannya meletakkan syarat akan membeli kereta berkenaan seandainya video mereka mendapat 100,000 likes.
Walaupun sudah mencapai target, pasangan itu terus menghidangkan pelbagai lagi kisah kehidupan mereka termasuk memborong dua buah kereta Alphard dengan melonggokkan duit tunai di showroom.
"Saya bukan riyak, cuma nak bagi inspirasi kat semua anak muda macam saya," tegasnya.
Jadi, adakah kisah-kisah yang dijual di media sosial itu realiti atau sebenarnya gimik semata-mata? Mana yang boleh percaya dan mana yang dusta?
Abe Nik pernah teringat perkongsian dari usahawan kosmetik popular juga, Nur Sajat baru-baru ini tentang produk vs marketing, yang mana datang dulu?
Kata Sajat, pemasaran adalah prioriti dalam berbisnes, dahulukan strategi pemasaran untuk mencipta jenama yang kuat sebelum menjual produk.
Dah alang-alang ada media sosial, platform pemasarannya percuma, kenapa tidak manfaatkannya bukan?
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen, isu semasa dan kemahiran harian.
Must-Watch Video