Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhAbeNik: Drama Nak Kahwin, Lakonan Olok-Olok Palestin & Mengidam Lamborghini... 3 Kisah Founder Produk Ni Betul-Betul Ker Gimik Jer?

Amri Hassan
11/09/2021 11:55 MYT
Kisah tiga usahawan tempatan mencuri tumpuan ramai sepanjang minggu ini. Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangan Ayuni-Wildan masing-masing ada cerita sendiri.

Datuk Seri Vida dengan kisah pemeriksaan kesuburan dan gosip nak kahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Datuk Seri Aliff Syukri pula dengan video parodi lakonan semula situasi seakan-akan serangan di wilayah bergolak, Palestin.

Manakala, pasangan usahawan muda, Ayuni dan Wildan dengan cerita mengidam kereta mewah lamborghini.

1. Drama kahwin Datuk Seri Vida

Pelantun lagu I Am Me itu mula mencuri perhatian apabila membuat pemeriksaan kesuburan setelah empat bulan tidak datang haid.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan Vida masih subur dan berupaya untuk melahirkan zuriat.

BACA: "Saya Akan Cari Level Saya, Berpengalaman, Kaya .."Vida Dah Ready Nak Kahwin? Bekas PA Calon?

BACA: Vida Cemas 4 Kali Tak Datang Bulan - "Saya Fikir Di Fasa Pra Menopause, Tapi Mujurlah..."

BACA: Vida Buat Ujian Kesuburan, Iqbal Pernah Bawa Jumpa Ibu Rancang Nak Kahwin

BACA: "Macam Darah Anak Dara!" - Vida Jalani Ovarian Reserve, Hantar Voice Note Tangisan Gembira Kepada Iqbal

Perkara itu kemudiannya disambut baik oleh Ahmad Iqbal yang mengakui memang menyimpan perasaan terhadap Vida.

BACA: Tak Kisah Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Terpaut Pada Vida

BACA: Teruja Vida Boleh Hamil Kembar, Iqbal Zulkefli Sahkan Rancangan Nak Kahwin!

BACA: Beli Jam Bernilai Setengah Juta, Bekas PA DSV Sengaja Tayang Mewah?

Ahmad Iqbal juga menegaskan cintanya buat Vida ikhlas dunia akhirat, dalam masa sama menafikan dia kaki kikis.

Difahamkan mereka merancang untuk berkahwin pada Disember nanti.

Hubungan mereka menjadi lebih sulit apabila belum beroleh restu dari anak sulung Vida, Cik B.

BACA: Vida Nak Kahwin Dengan Iqbal, Ini Reaksi Cik B!

BACA: "Doakan Cik B Lembutkan Hati" - Gugurnya Air Mata Vida, Hasrat Nak Kahwin Tak Direstui Anak?

Perjalanan kisah Vida & Iqbal diselitkan juga dengan pemasaran produk Pamoga, wangian Aura dan 'sejadah doa makbul.

2. Lakonan medan perang Datuk Seri Aliff Syukri

Melakonkan semula babak keadaan di Palestin, pelantun lagu Bobo Di Mana bersama isteri, Datin Seri Shahida menuai kritikan dan kecaman hebat netizen.

Kedua-duanya beraksi kedua-duanya beraksi seolah-olah sedang diserang dan cuba menyelamatkan diri sambil dilatari bunyi senapang dan bedilan.

Tulis Aliff; "Inilah keadaan di Palestin... Inilah hero penyelamat negara."

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Mungkinkah itu sekadar hiburan buat pelepas penat bekerja atau stress dengan situasi semasa?

Tulis seorang pengguna di Twitter; "Maaf Datuk tapi ini bukan satu lawak, kalau dapat berita di Palestin Datuk akan menangis lihat rakyat mereka ditembak, diperlakukan dengan kejam. Datuk takkan buat lawak ni."


Bulan lalu, Aliff Syukri tampil deng sepotong video memegang dan memeluk wanita dalam promosi tudung keluarannya, AS Hijab.

Shahida juga menafikan dirinya merupakan wanita yang dipeluk Aliff dalam video berkenaan.

BACA: "Bini Kan Ada..." - Berpelukan & Berpegangan Tangan Dengan Pelakon Wanita, Aliff Syukri Dikecam

3. Mengidam Lamborghini RM3 Juta Ayuni & Wildan

"Baby yang nak," demikian kata usahawan produk Vitamilk, Ayuni yang mengidam nak beli kereta lamborghini berharga RM3 juta.

Hasrat itu tidak mendapat persetujuan suaminya yang kemudiannya meletakkan syarat akan membeli kereta berkenaan seandainya video mereka mendapat 100,000 likes.

BACA: Tular Isteri Mengidam Lamborghini, Sekali Netizen Cakap; "Kau Dalam Pantang Esok Suami Mengidam Wife Baru Pula!"

Walaupun sudah mencapai target, pasangan itu terus menghidangkan pelbagai lagi kisah kehidupan mereka termasuk memborong dua buah kereta Alphard dengan melonggokkan duit tunai di showroom.

"Saya bukan riyak, cuma nak bagi inspirasi kat semua anak muda macam saya," tegasnya.

Jadi, adakah kisah-kisah yang dijual di media sosial itu realiti atau sebenarnya gimik semata-mata? Mana yang boleh percaya dan mana yang dusta?

Abe Nik pernah teringat perkongsian dari usahawan kosmetik popular juga, Nur Sajat baru-baru ini tentang produk vs marketing, yang mana datang dulu?

Kata Sajat, pemasaran adalah prioriti dalam berbisnes, dahulukan strategi pemasaran untuk mencipta jenama yang kuat sebelum menjual produk.

Dah alang-alang ada media sosial, platform pemasarannya percuma, kenapa tidak manfaatkannya bukan?

***

NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen, isu semasa dan kemahiran harian.
#Kahwin #Penyanyi #Viral #Anak #Datuk Seri Vida #Artis #Lamborghini #DSV #Datuk Seri Aliff Syukri #Dherbs #Kosmetik #Bisnes #Cik B #Gimik #Usahawan #Datin Shahida #PA #Oh Abe Nik #Iqbal Zulkefli #Ayuni #Vitamilk #Wildan
;