,
Laman Utama

#OhAbeNik: Kudos Lishalliny! '7 Puteri Ulek Mayang' Menang Best National Costume, Vietnam Pula Juara Miss Grand International 2021

Amri Hassan
04/12/2021
18:18 MYT
Tak sia-sia usaha pasukan Miss Grand Malaysia 2021 membawa kostum kebangsaan seberat 50 kilogram berinspirasikan legenda 7 puteri Ulek Mayang apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori kostum kebangsaan terbaik Miss Grand International 2021!
BACA: #OhAbeNik: Ratu Cantik Malaysia Angkut Kostum 50 Kilogram Inspirasi Ulek Mayang Ke Pentas Miss Grand International, Terkesima Tak?
Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran sekali gus memecahkan skeptikal ramai dan membuktikan Malaysia mampu memberikan saingan sengit kepada delegasi negara luar.
Pada pusingan akhir Miss Grand International 2021 (MGI2021), Lisha tampil menyerlah dan berjaya menduduki tempat 20 terbaik dalam kalangan 60 delegasi yang bertanding!
Biarpun gagal memecahkan tradisi kedudukan Miss Grand Malaysia 2020, Jasebel Robert untuk berada di kedudukan 10 terbaik, Lisha sudah memberikan persembahan mengagumkan dalam pertandingan kali ini.
Ternyata, usaha Lisha dan pasukan Malaysia tidak sia-sia, pujian harus diberikan kepada mereka yang telah berhempas pulas dalam pertandingan itu.
Menepati ramalan, selain Lisha, kostum kebangsaan terbaik turut dimenangi oleh Miss Grand Angola dan Miss Grand Peru.
Tahniah Miss Grand Vietnam!
Sementara itu, Miss Grand Vietnam, Tien Thuc Thuy Nguyen telah dinobatkan sebagai juara Miss Grand International 2021 mengalahkan pencabar terdekat Miss Grand Ecuador, Andrea Aguilera.
Detik mendebarkan itu turut melakar rekod pengumuman pemenang paling lama apabila kedua-dua calon juara itu diberikan dua soalan untuk menentukan pemenang.
Tien Thuc, 23, turut mengalahkan Miss Grand Brazil, Puerto Rico dan Afrika Selatan masing-masing berada di kedudukan ketiga, keempat dan kelima.
Juara membawa pulang wang tunai bernilai AS$40,000 (RM169,540) dan berpeluang menetap di Bangkok, Thailand selama setahun untuk mempromosikan organisasi yang diwakili.
Untuk rekod, MGI 2021 telah berlangsung sejak 17 November lalu bermula di Phuket dan diteruskan di Bangkok, Thailand. Pusingan akhir, preliminary dan kostum kebangsaan MGI 2021 telah disiarkan secara langsung di YouTube Grand TV.
Turut diumumkan beberapa anugerah sampingan lain iaitu:
Gaun malam terbaik: Miss Grand Thailand Pakaian renang terbaik: Miss Grand Puerto Rico Undian paling popular: Miss Grand Kemboja
Pertandingan ratu cantik Miss Grand International 2022 bakal beralih tangan kepada tuan rumah baharu iaitu Indonesia dan akan berlangsung di Bali pada 22 Oktober tahun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni