,
Laman Utama

#OhAbeNik: Sejuk Hati Tengok Semakin Ramai Artis Berniqab!

Amri Hassan
01/05/2021
13:40 MYT
Pertama sekali, fahami dulu hukum berniqab dan berpurdah.
Penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias pernah mengulas mengenai pemakaian niqab atau purdah dalam kalangan wanita Islam di Malaysia.
Katanya secara ringkas, pemakaian purdah/niqab itu menjadi harus jika si pemakai adalah isteri orang.
Jika isteri terbabit seorang yang cantik dan bagi mengelakkan fitnah dan cemburu si suami, maka menjadi harus kepada isteri mengenakan purdah/niqab kerana isteri adalah hak mutlak seorang suami.
Begitu juga sebaliknya, jika seorang wanita itu memiliki wajah yang kurang cantik dan mahu mengelak dihina masyarakat maka menjadi harus baginya memakai purdah/niqab.
Industri seni tempatan juga menyaksikan golongan selebriti yang semakin ramai mengenakan purdah/niqab setiap hari, terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Jadi, Abe Nik kongsikan gaya selebriti tempatan yang pernah, kini dan sedang berusaha memperbaiki diri termasuk mengenakan pakaian longgar dan berniqab. Sesungguhnya, longgar itu indah!
1. Waheeda
Antara selebriti terawal yang berniqab. Waheeda suatu ketika pernah melakar nama sebagai pelakon dan penyanyi.
2. Neelofa
Ikon usahawan wanita yang disayangi ramai itu mula berniqab pada 15 Oktober 2020. Neelofa tampil sopan dan bijak menyuai padan antara pakaian dan niqab pilihan.
BACA: Neelofa Tampil Berniqab
BACA: Neelofa Dedahkan Sebab Berniqab
3. Fynn Jamal
Ibu kepada dua cahaya mata ini mulai berniqab selepas memperlahankan aktivitinya dalam dunia seni.
4. Adzrin Adzhar
Penyanyi dan guru muzik yang sedang memperbaiki diri untuk tampil lebih sopan dengan berniqab.
BACA: Ditegur Berniqab Tetapi Masih Berfesyen Sakan, Adzrin Adzhar; "Saya Fashionable Dari Dulu, Niqab Bukan Halangan..."
5. Akma AF
Sedang mencuba ke arah lebih baik, Akma aminkan doa peminatnya yang mahukan dia berniqab secara istiqamah.
BACA: Tampil Lebih Tawaduk Dengan Berniqab, Ini Penjelasan Akma AF!
6. Jue Aziz
Baru sahaja khatam al-Quran baru-baru ini, penampilan Jue yang sering tampil berniqab dan berpurdah mendapat respon positif peminat.
BACA: "Tahu Mak Risau..." - Minta Maaf Pada Ibu, Jue Aziz Tak Dapat Cari Jodoh​
6. Adira
Tampil pertama kalinya berniqab pada Ramadan ini, penyanyi itu mendapat sokongan dan doa peminat untuk berubah ke arah lebih baik.
Pokoknya, hidayah it boleh datang pada bila-bila dimana saja kepada sesiapa sahaja. Siapa kita untuk menilai seseorang daripada penampilan luaran.
Hijrahlah mengikut panggilan hati.
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

"Tiba-Tiba Saya Rasa Lemah & Rebah" - Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran, Masih Teruskan Lagak Ngeri!

gempak
09/10/2024
16:18 MYT
Pelakon popular Hong Kong, Jackie Chan tidak terkecuali berdepan dengan situasi yang tidak diingini ketika melakonkan aksi lagak ngeri.
Hiburan

Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

gempak
09/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah bercerai tidak kira lelaki mahupun wanita agar tidak membuka aib satu sama lain.
BorakSeeni