Memasuki minggu kedua, drama bersiri Sweet Dreams semakin mendapat perhatian ramai.

Ramai yang ternanti kisah antara Qash dan Putri dan memuji keserasian watak yang dibawakan oleh Ben Amir dan Mira Filzah.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, penonton juga mula bercakap mengenai 'halal bag' yang menjadi penghubung antara Qash dan Putri.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Ahahahha, “Halal Bag”! ?? There’s always a way kan? ❤️ @benamirr . . #Repost @fammythawkhairi ・ Everytime. Rasa nak pecah jantung kita waaaaaakkkk! Dengan lagu kite lagi diletaknye. Lagi cepat la sis mati sakit jantung. Presenting, The Halal Bag. Purpose kewujudan dia adalah menjadi the halal gap. I die! #DramaSweetDreams

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on


Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.