Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Olimpik Paris 2024: Atlet Gusti Mesir Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Gempak
10/08/2024 01:55 MYT
Polis Perancis menangkap seorang atlet gusti Olimpik Mesir atas dakwaan serangan seksual pada awal pagi Jumaat di luar sebuah kafe yang dikunjunginya di ibu kota Perancis, kata pejabat pendakwa Paris.

Atlet itu ditangkap kerana didakwa menyentuh punggung pelanggan lain di kafe berkenaan, kata pendakwa dalam satu kenyataan, menambah bahawa satu siasatan dibuka.

Polis tidak mengeluarkan nama atlet itu tetapi delegasi Mesir mengesahkan identiti pelaku itu sebagai Mohamed Elsayed, yang memenangi pingat gangsa di Tokyo 2020 tetapi tewas di peringkat awal di Paris 2024

Jawatankuasa Olimpik Mesir berkata, Elsayed akan menghadapi pendengaran disiplin.

Jika dakwaan disahkan benar, dia mungkin berhadapan dengan hukuman yang boleh termasuk pengharaman seumur hidup dari pertandingan, kata jawatankuasa dalam satu kenyataan.

Elsayed diberikan kebenaran untuk menonton perlawanan akhir dalam kategori berat badannya tetapi kemudian gagal kembali ke ibu pejabat misi dan mematikan telefonnya, kata kenyataan itu.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”

BERITA TRENDING: Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks

BERITA TRENDING: Cium Jin BTS Di Khalayak Ramai, Peminat Berdepan Dakwaan Gangguan Seksual

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: 300,000 Kondom Diberi Kepada 14, 250 Atlet

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

Sumber: Harian Metro

#Perancis #Gusti #Polis #Atlet #Paris #Kafe #Olimpik #Mesir #Seksual #Pelanggan #Elsayed
;