Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Dari Menyelinap Keluar Sehingga Kes Dadah, Ini 5 Atlet Yang Disingkirkan Dari Olimpik Akibat Langgar Peraturan

Firdaus
11/08/2024 05:55 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang barr]u-baru ini dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 kerana dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.

Susulan penyingkiran itu, mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada tindakan tersebut pernah dikenakan kepada atlet-atlet lain yang menyertai acara berkenaan.

Berikut merupakan beberapa atlet yang disingkirkan daripada terus menyertai acara sukan akibat daripada kesilapan diri sendiri:

Manizha Talash



Atlet breakdance Pasukan Olimpik Pelarian, Manizha Talash dari Afghanistan disingkirkan daripada pertandingan breakdance selepas memakai mantel tertera slogan 'Bebaskan Wanita Afghan'.

Undang-undang menyatakan sebarang demontrasi ataupun politik, keagamaan dan proganda kebangsaan tidak dibenarkan di venue ataupun mana-mana kawasan Sukan Olimpik.

CJ Ujah



Pelari pecut Britain CJ Ujah digantung selama 22 bulan kerana kes doping yang menyebabkan Britain dilucutkan pingat lari berganti-ganti Olimpik.

Britain dilucutkan pingat perak 4x100 meter (m) lelaki Sukan Olimpik Tokyo selepas Ujah didapati positif menggunakan bahan terlarang Ostarine dan S-23.

Bagaimanapun, AIU dan Agensi Anti-Doping Dunia memutuskan bahawa pelanggaran peraturan anti-doping atlet berusia 28 tahun itu tidak disengajakan dan sebaliknya adalah akibat daripada pengambilan suplemen yang tercemar. Akibatnya, larangannya adalah lebih pendek daripada kesalahan doping yang disengajakan.

Ana Carolina Vieira



Atlet dari Brazil, Ana Carolina Vieira telah dihantar pulang dari Paris selepas menyelinap keluar dari perkampungan Olimpik pada waktu malam untuk bertemu teman lelakinya.

Teman lelaki kepada Ana, Gabriel Santos juga merupakan seorang perenang dari negara sama.

Dua perenang itu meninggalkan perkampungan di mana kebanyakan atlet Olimpik Paris menginap, tanpa pengetahuan pasukan, tindakan mereka itu terkantoi apabila mereka memuat naik beberapa gambar di media sosial.

Tom Craig



Tom Craig ditangkap polis kerana membeli satu gram kokain di jalan Paris. Tom Craig pada mulanya cuba melarikan diri selepas perbuatannya itu berjaya dikesan oleh pihak berkuasa, namun gagal dan hanya mampu menyerah diri.

Atlet berusia 28 tahun itu, menghabiskan hampir 18 jam di penjara selepas ditangkap dalam cubaan untuk membeli dadah.

Walau bagaimanapun, Tom tidak diberi sebarang denda atau pendakwaan lanjut. Tetapi telah diberi amaran keras, dan dibuang dari perkampungan Olimpik.

Tom juga kehilangan semua keistimewaan di Olimpik, dan difahamkan dia juga tidak akan menghadiri upacara penutupan

Luana Alonso



Perenang Paraguay, Luana Alonso, telah didakwa ditendang keluar dari perkampungan atlet Sukan Olimpik Paris selepas meninggalkan venue sukan tersebut untuk melawat Disneyland.

BERITA TRENDING: Pernah Rangkul Gelaran Juara Dunia, Jaguh Pecut Asia… Ini Pencapaian Luar Biasa Azizulhasni Awang

BERITA TRENDING: Minum Air Basuhan Kaki Ibu Rahsia Atlet Indonesia Ini Raih Emas Di Olimpik

BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Kandas Acara Keirin, Ini Penjelasan Azizulhasni Awang...

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Azizulhasni Dibatalkan Penyertaan Dalam Pusingan Pertama

Alonso juga telah dituduh mengalih perhatian pesaing lain dengan bergaul dengan pasukan lain dan memakai pakaian minima di sekitar kampung, bukannya pakaian seragam rasmi yang disediakan oleh ketua pasukan Paraguay.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

#Sukan #Atlet #Olimpik #Penyingkiran #Dibuang #Olimpik Paris 2024