Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Pakai Bikini, 'Makan Angin' Di Disneyland, Atlet Paraguay Diarah Pulang

Gempak
06/08/2024 10:20 MYT
Perenang Paraguay, Luana Alonso, telah didakwa ditendang keluar dari perkampungan atlet Sukan Olimpik Paris selepas meninggalkan venue sukan tersebut untuk melawat Disneyland.

Atlet kedua dihantar pulang


Perenang itu, yang tinggal di Amerika Syarikat namun mewakili Paraguay, menamatkan kempen Sukan Olimpik selepas gagal melepasi peringkat saringan 100 meter kuak kupu-kupu.

Bagaimanapun, tidak seperti Sukan Tokyo di mana atlet diberitahu untuk meninggalkan perkambungan atlet selepas acara terakhir mereka, mereka dibenarkan tinggal di perkampungan atlet sehingga tamat Sukan di Paris.

Namun Alonso dilaporkan menjadi atlet kedua yang dihantar pulang sebelum tamat temasya selepas didakwa menghabiskan malam di Paris dan pergi ke Disneyland daripada menyokong rakan senegaranya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Hadiahkan Pingat Gangsa, Lee Zii Jia Dedah Lalui Detik Hitam - “Saya Diamkan Diri Meskipun Mereka Aibkan Saya..”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Imane Khelif Laung Allahu Akbar Selepas Layak Ke Separuh Akhir – “Saya Seorang Wanita Dan Akan Kekal Sebagai Wanita”

ARTIKEL BERAKITAN:Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”


Didakwa mengalihkan perhatian pesaing lain


Alonso juga telah dituduh mengalih perhatian pesaing lain dengan bergaul dengan pasukan lain dan memakai pakaian minima di sekitar kampung, bukannya pakaian seragam rasmi yang disediakan oleh ketua pasukan Paraguay.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Paraguay, Larissa Schaerer, mengesahkan Alonso telah diarah keluar dari perkampungan atlet.

"Kehadirannya mewujudkan suasana yang tidak sesuai dalam pasukan Paraguay.


"Kami berterima kasih kepadanya kerana mengikut seperti yang diarahkan, kerana atas kehendaknya sendiri untuk tidak bermalam di perkampungan atlet,” jelasnya.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini


Sumber: Stadium Astro
#Atlet #Olimpik #Disneyland #Paraguay #Olimpik Paris 2024 #Luana Alonso