Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Pernah Menang Emas, Atlet Judo Jepun Menangis Histeria Kalah Kepada Uzbekistan

Gempak
29/07/2024 22:25 MYT
Bintang Judo Jepun, Uta Abe menangis teresak-esak selepas mengalami kekalahan pertama dalam tempoh lima tahun di acara rasmi, tewas secara mengejut dalam pusingan 16 kepada Diyora Keldiyorova dari Uzbekistan melalui ippon di Sukan Olimpik Paris pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

BERITA TRENDING: Sukan Olimpik Paris 2024: Keputusan Terkini, Kedudukan Terkini, Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)

Keldiyorova menamatkan pertandingan dengan baki masa lebih tiga minit dalam acara 52 kilogram, meninggalkan juara dunia empat kali dan Juara Olimpik 2021 itu dalam kesedihan.

Abe terjatuh ke dalam pelukan jurulatihnya dan menangis selama beberapa minit, hampir tidak mampu berdiri di arena Champ-de-Mars.

Beliau tidak pernah kalah dalam pertandingan rasmi sejak 2019 dan dianggap sebagai calon utama untuk pingat emas di Paris.

Tiga tahun lepas, dia dan abangnya, Hifumi Abe dalam kelas 66kg, kedua-duanya memenangi emas di Sukan Olimpik Tokyo dalam masa setengah jam.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Latihan Triatlon Batal, Kualiti Air Sungai Seine Teruk!

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Skuad Badminton Negara Mengganas, Pamer Aksi Terbaik… Penonton Beri ‘Standing Ovation’

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sumber: Bernama
#Jepun #Menangis #Histeria #Paris #Emas #Olimpik #Kalah #Uzbekistan #Judo #Uta Abe