Sukan

Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza

gempak
Gempak
29/07/2024
01:50 MYT
Sponsor Banner
Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza
Pembawa bendera Israel di Sukan Olimpik Paris 2024, Peter Paltchik adalah individu sama yang menulis mesej berbaur provokasi pada bom yang dibedil untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza.

Bangga kibar bendera negara Israel

Paltchik, dilihat dengan bangganya mengibarkan bendera negara haram Israel semasa majlis pembukaan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung di sepanjang Sungai Seine.

Atlet judo itu menulis 'Daripada saya kepada anda dengan senang hati,' dengan tanda pagar 'Hamas adalah ISIS' dan 'Israel berperang' berserta tandatangannya.

Kiriman di X yang kini telah dipadam itu muncul semula menjelang beberapa hari sebelum majlis pembukaan Olimpik dan telah mencetuskan kemarahan pengguna media sosial. “Kehadiran Israel akan menjadikan Sukan Olimpik ini dikenang sebagai Sukan Genosid,” tulis beberapa kiriman yang dikongsi oleh banyak akaun di X, termasuk wartawan sukan yang berpangkalan di London, Leyla Hamed.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Dua Atlet Negara Tamat Perjuangan

ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih Tinju Samoa Mati Mengejut Dalam Temasya Olimpik Paris 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Guna Dron Intai Latihan Lawan, Kanada Singkir Ketua Jurulatih Wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewanya, Kontinjen Malaysia Hanya Muncul 10 Saat Di TV Pada Pembukaan Olimpik Paris 2024

Israel mempromosikan perbandingan antara Hamas dan kumpulan militan Daesh dalam konflik yang tercetus 7 Oktober tahun lalu di selatan Israel yang menyebabkan sekitar 1,190 orang terbunuh.
Pegawai Israel kerap mendakwa bahawa serangan Hamas ke atas komuniti di selatan Israel menyaksikan pemenggalan bayi dan kekejaman lain tetapi gagal memberikan sebarang bukti.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live