Sukan
Olimpik Paris 2024: Skuad Badminton Negara Mengganas, Pamer Aksi Terbaik… Penonton Beri ‘Standing Ovation’
Skuad badminton negara mencipta magis apabila mengekalkan momentum positif di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris.
Pearly Thinaah Memukau
Kemenangan mula dicipta apabila beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menghidupkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menumpaskan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A.
Biarpun jauh beribu batu dari penyokong tanah air, ternyata semangat yang ditunjukkan barisan pemain negara wajar diberikan pujian dalam mengejar kedudukan dalam kumpulan.
Advertisement
Porte De La Chapelle Arena bergema dengan sorakan penonton apabila gandingan di ranking ke-13 dunia itu, mempamerkan aksi bertenaga dan berjuang hingga akhir untuk mencatakan kemenangan 18-21, 21-15, 21-16, ke atas juara dunia 2018.
Beri Standing Ovation
Lebih membanggakan, penonton yang hadir turut memberi penghormatan ‘standing ovation’ kepada skuad beregu wanita negara.
Malah, Jalur Gemilang turut berkibar dalam arena sekali gus menyaksikan skuad badminton negara mempamerkan aksi terbaik mereka dalam saingan di peringkat kumpulan.
Aksi Hari Ketiga
Terbaharu, pemain beregu campuran negara iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta kemenangan selepas menewaskan beregu campuran dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 17-21, 21-15, 21-16 untuk bergelar juara kumpulan D, hari ini.
Kejayaan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei itu berjaya membawa mereka ke pusingan suku akhir.
Aksi hari ketiga diteruskan dengan perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei akan beraksi buat kali pertama dalam penampilan julung kalinya di temasya ini.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Aaron Chia - Soh Wooi Yik pula menentang pemain nombor satu dunia dari China pada Sesi 3 yang dijadualkan pada awal pagi nanti waktu Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza
Must-Watch Video