Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Tewas Bermaruah & Buat Pemain Korea Selatan Lap Air Mata, Goh Jin Wei Pejuang Sejati

Maliah Surip
31/07/2024 08:03 MYT
Kekalahan pemain badminton perseorangan negara, Goh Jin Wei untuk menjadi pemenang kumpulan H disifatkan bermaruah malah tetap mendapat pujian peminat kerana aksi cemerlangnya.

Meski terpaksa akur dengan keunggulan pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun, dalam aksi rubber set 17-21 22-20 21-23 pada Sukan Olimpik Paris 2024, Jin Wei mempamerkan semangat juang tinggi dan tidak memberi kemenangan mudah kepada Ga Eun.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah Ke Suku Akhir, Tan Boon Heong Dedah: “Tidak Ramai Yang Rasa Kalian Akan Berjaya”

Pemain Korea Selatan tersebut malah sempat dilihat mengesat air mata selepas akhirnya berjaya menumpaskan ketangkasan Ga Eun yang mempunyai semangat juang tinggi.

Apa yang lebih membanggakan, Ga Eun menyertai kempen di Olimpik Paris 2024 tanpa ketua jurulatih dan bertarung dengan keadaan lutut kiri yang sakit.

Jin Wei tewas di set pertama selepas Ga Eun berjaya mengatasi Jin Wei 21-17.

Di set kedua, pemain nombor 17 dunia dari Korea itu terus diberi saingan hebat dengan perebutan mata demi mata bersilih ganti dan hasilnya Jin Wei menang 22-20.

Di set penentuan, Jin Wei bertarung dengan aksi meyakinkan namun hanya nasib sedikit memihak kepada pemain Korea Selatan itu dengan kemenangan 23-21.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!

BERITA TRENDING: Sukan Olimpik Paris 2024: Keputusan Terkini, Kedudukan Terkini, Senarai Atlet Malaysia, Jadual, dan Info Siaran Langsung (Live Streaming)

#Korea Selatan #Paris #Olimpik #Air Mata #Kalah #Goh Jin Wei