gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tema ‘Throwback’ Jadi Cabaran, Bintang Mana Pula Yang Akan Gugur Malam Ini?
BERITA
PDRM Larang Aktiviti Berbasikal Di Lebuh Raya, Peraturan Sudah Lama Ada - "Individu Bersalah Boleh Dikenakan Denda ..."
HIBURAN
Pernah Bercinta Dengan Penyanyi, Zeera Aziz Tak Simpan Dendam Lepas Berpisah - “Saya Gembira Dengan Kejayaan Yang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Omar & Hana Kembali Dengan 'Little Huffaz'

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
22/10/2020
06:40 MYT
Sponsor Banner
Omar & Hana Kembali Dengan 'Little Huffaz'
Berikutan kejayaan kempen permulaan hafazan al-Quran Mini Little Huffaz, siri animasi kartun islamik Omar & Hana kembali dengan Little Huffaz.
Little Huffaz merupakan pertandingan hafazan Al-Quran melalui platform digital yang pertama kali diadakan untuk kanak-kanak.
Ia bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di seluruh dunia menghafal Al-Quran serta menanam rasa cinta terhadap ayat suci Al-Quran.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori umur, iaitu 3 dan 4 tahun dan 5 hingga 8 tahun.
Setiap peserta dikehendaki memilih surah mengikut senarai kategori umur mereka, dan kemudian memuat naik rakaman video hafazan melalui laman web rasmi Little Huffaz atau laman media sosial.
Peserta akan dinilai oleh barisan juri antarabangsa termasuklah Mufti Ismail Menk, Ustaz Yusuf Mansur, Ustaz Don Daniyal, Qari Youssef Edghouch, Furqan Fawwaz dan Mimi Jamilah.
Penilaian setiap penyertaan akan berdasarkan hafalan, kefasihan, tajwid, dan kreativiti.
Hadiah kemenangan bagi pertandingan ini merupakan wang tunai bernilai USD500 dan piala untuk tempat pertama, USD350 untuk tempat kedua, USD250 untuk tempat ketiga, USD150 untuk tempat keempat dan akhirnya USD100 untuk tempat kelima.
Setiap pemenang juga akan menerima barangan eksklusif Omar & Hana serta e-sijil.
Pendaftaran untuk pertandingan ini dibuka dari 19 Oktober sehingga 6 November 2020. Untuk mendaftar, calon yang berkelayakan boleh melayari ohittlehuffaz.com dan terus ke halaman 'Cara Menyertai' untuk menghantar penyertaan.
Terdapat lima peringkat bagi pertandingan ini, iaitu:
Peringkat 1: Peserta menghantar video hafalan
Peringkat 2: Pemilihan 40 peserta terbaik
Peringkat 3: Pemilihan 20 peserta terbaik
Peringkat 4: Pemilihan 5 peserta terbaik
Peringkat 5: Penilaian secara langsung di peringkat akhir
Sebelum ini, Mini Little Huffaz, yang diadakan pada 3 September hingga 26 September, telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu sebanyak 260 penyertaan dari 17 negara yang berbeza termasuk Malaysia, Indonesia dan United Kingdom.
Ikuti laman media sosial rasmi, langgan ke saluran YouTube Omar & Hana atau layari laman web ohittlehuffaz.com untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Omar & Hana
#Little Huffaz
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement