Personaliti cilik, Fatimah Omar Mukhlis bersama adiknya, Ali telah menyediakan kad ucapan sempena hari bapa yang disambut semalam (16 Jun).

Menerusi Instagram (IG) @thefamily.uk, mereka membuat dua keping kad iaitu untuk ayah kandung serta arwah bapa saudaranya, chef selebriti Adamdidam.

"Fatimah and Ali made 2 #FathersDay cards. Fatimah said "One is for my real dad and the other one is for my dad in heaven," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam perkongsian tersebut, kad ucapan tulisan tangan itu turut disertakan foto kenangan bersama arwah Adam.

Rata-rata pengikut IG turut terkesan dengan lukisan yang dilukis Fatimah dan Ali serta mendoakan semoga terus diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

Bekas peserta Hero Oven ini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Berita pemergian itu telah diumumkan oleh sepupunya, Natasha Aman menerusi laman Instagram (IG).

Fatimah and Ali made 2 #FathersDay cards. Fatimah said “One is for my real dad...and the other one is for my dad in heaven.”

A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk) on