gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Zul Ariffin Dah ‘Bangkit Dari Tidur’, Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 15 Kilogram - “Tetapi Saya Belum Selesai…”
VIRAL
Mekyun Tampil Bersuara Mengenai Isu Ibadah Korban - “Sembelihan Itu Ikut Sunah Bukan Secara Kejam”
VIRAL
Cuci Perut Lembu Korban Di Sungai, Netizen Berdebat… Ada Yang Kata Rosakkan Ekosistem, Ramai Pertahan Kata Tiada Masalah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”

gempak
Ainun Md Zooki
08/06/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang berkongsi momen istimewa menyediakan juadah rendang sempena sambutan Hari Raya Haji di TikTok.
Menerusi perkongsian video tersebut, Alif atau lebih dikenali sebagai Opai mendedahkan dia menggunakan daging wagyu gred A5 Miyazaki sebagai bahan utama rendang yang dimasak bersama ibunya, isteri tercinta dan pembantu rumah mereka.
“Ini rendang yang dibuat oleh ibu, isteri dan bibik saya. Mereka minta saya beli daging, dan saya beritahu ibu kita kena guna daging wagyu.

“Hari ini kita pakai A5 Miyazaki. Tapi ini bahagian tenderloin, jadi tak berlemak macam ribeye,” katanya.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu turut memaklumkan dia telah membelanjakan lebih RM4,000 untuk mendapatkan sebanyak 4 kilogram (kg) daging wagyu tersebut.
“Harga sekilo masa tu RM1,600. Tapi saya dapat potongan 50 peratus daripada kawan baik saya.
“Jadi, saya beli 4kg dalam RM4,000 lebih,” jelasnya.
Dalam masa sama, Opai turut meluahkan rasa syukur atas rezeki dan nikmat yang dikurniakan kepadanya sekeluarga.
“Allah berikan saya rezeki yang baik, isteri yang baik, ibu bapa yang sihat, anak saya pula pandai hafal Al-Quran.
“Harini kita makan wagyu,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN: Rakan Dedah Sisi Sebenar Fatin Afeefa, Dilabel Sebagai Isteri Taat Pada Suami - “Korang Pernah Dengar Dia menyanyi Lagi? Berlakon?”

BERITA BERKAITAN: “Anak Tiri Pun Disayang Macam Anak Sendiri” – Netizen Sebak Lihat Layanan Opai Terhadap Ivy

BERITA BERKAITAN: Opai Dipuji Tak Tinggal Solat, Siap Sediakan Ruang Untuk Pekerja! Netizen Sifatkan Fatin Afeefa Untung - “Manusia Boleh Berubah…”

BERITA BERKAITAN: “Saya Walaupun Kaya, Apabila Makan Saya Suka Duduk Bersila Di Bawah” - Opai

Topic Berkaitan
#masak
#Daging
#Rendang
#Opai
#Wagyu
Must-Watch Video