HIBURAN
"Orang Ingat Saya Suka, Sebenarnya Tidak" - Elfira Loy Buka Cerita Jadi Pelakon Demi Bantu Ibu, Buang Jauh Sifat Introvert
Pelakon dan pengacara, Elfira Loy mendedahkan permulaan kariernya sebagai pelakon bukan kerana minat, sebaliknya disebabkan ingin membantu ibunya, Filzah Yusoff, menambah pendapatan bagi menampung keperluan adik-beradik.
BERITA TRENDING: Air Mata Elfira Loy Mengalir, Sebak Ramai Bantu buat Persiapan Untuk Tunai Haji - “Saya Tak Pernah Buat Video Menangis Macam Ini…”
BERITA TRENDING: “Benda Paling Rindu Selepas Jadi Ibu Nak Khusyuk Solat Sebab…”- Elfira Loy
Menerusi podcast Wardah Heart to Heart bersama hos, Dayah Bakar, Elfira berkata dia tidak suka berlakon kerana perwatakannya yang introvert, namun pandangannya berubah selepas melihat bidang lakonan sebagai satu punca rezeki."Sebenarnya kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya saja. Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak.
"Walaupun saya memang tak suka berlakon dan merupakan orang yang introvert tetapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya buat. Ibu saya pun tak tahu yang saya tak suka berlakon. Saya buat-buat suka saja," katanya.“Masa pertama kali saya dapat bayaran, saya ingat lagi ketika itu saya buat teater. Selepas saya dapat bayaran, saya macam 'eh dapat duit.. oh kerja ini boleh tolong ibu saya.'
Elfira, 31, turut mengakui bahawa dia lebih suka memendam perasaan kerana tidak mahu ibunya berasa sedih.
“Saya dari dulu suka pendam perasaan sebab ibu saya hanya ada saya. Kalau saya sedih, semestinya dia dua kali ganda sedih. Jadi, disebabkan itu, hati saya keras dan dibawa sampai sekarang," cerita Elfira.
BERITA TRENDING: “Memang Kecut Perut Tapi…”- Mengaku Mengidam Lompat Kolam, Elfira Loy Tak Kisah Dikecam
Bercerita kepada Allah
Menurutnya, sejak kecil dia lebih banyak bergantung kepada Allah SWT dalam meluahkan perasaan."Saya memang dari kecil kebergantungan kepada Allah SWT. Memang saya banyak cerita dekat Allah. Itu sahaja cara yang ada.
“Kalau ada perkara kecil terjadi, saya akan kongsi dengan adik-beradik. Dengan ibu saya, kalau saya tak cerita pun dia akan tahu,” ujarnya.
Elfira juga mengakui bahawa perpisahan ibu bapanya memberi kesan besar kepadanya, namun dia memilih untuk bangkit dan tidak larut dalam kesedihan kerana perlu menjadi kuat untuk adik-beradiknya.
Dia turut berkongsi pengalaman putus tunang pada 2018 yang menjadi satu episod hitam dalam kehidupannya.
"Saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik beradik. Saya rasa itu bebanan yang kuat.
"Yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu (dekat diri). Saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Ketika wartawan bertanya, saya diam, tak pernah cakap apa-apa. Itu perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.
"Selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip seperti itu. Tetapi disebabkan kontroversi itu, orang hilang hormat dekat saya. Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar menjadi sia-sia.
"Tetapi hikmah yang dapat adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di masjid.
"Itu menjadi titik perubahan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak Allah bagi semua yang saya nak cuma satu saja tidak dapat,” katanya.
Hijrah
Bercerita mengenai penghijrahan dirinya, Elfira bersyukur kerana mendapat sokongan positif daripada keluarga, rakan-rakan, dan juga peminat."Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya.
"Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.
"Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat. Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.
"Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut. Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala,” katanya.
BERITA TRENDING: Wajah Anak Lebam, Elfira Loy Kongsi Insiden Yang Berlaku - “Cuma Kali Ini Agak Nampak Teruk Sikit Sebab…”
Wang sendiri untuk usrah
Dalam pada itu, isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini turut berkongsi mengapa dia sanggup menggunakan wang sendiri bagi menganjurkan program usrah."Saya tak nak ada perasaan saya yang miliki semua ini. Bila saya ada duit, saya nak memberi. Itu yang saya buat kelas usrah. Memang itu adalah satu perasaan yang berat. Yela.. saya penat bekerja, kenapa perlu diberikan kepada orang lain?
"It's always miracle. Apabila saya buat, saya nampak rezeki dari Allah dengan jelas.
"Mungkin saya tidak dapat kasih sayang sebab dari kecil memang tak rasa dari keluarga. Disebabkan itu, apabila ada anak-anak, saya rasa sangat penting dan sanggup gadaikan segalanya termasuk karier dan masa muda. Saya nak anak-anak rasa kasih sayang sepenuhnya,” kongsinya lagi.
Must-Watch Video